Kampung Tambirat
Kampung Tambirat, atau ringkasnya Tambirat ialah sebuah kampung yang terletak dalam Bahagian Samarahan, di Asajaya, Sarawak, Malaysia.[1][2] Kampung Tambirat mempunyai jumlah penduduk seramai 2978 orang dan 463 buah rumah atau pintu bagi penduduk-penduduk yang menetap di kampung ini.[3] Ketua kaum bagi Kampung Tambirat ialah Peng. Haji Tamel Bin Muhammad.[3] Terletak kira-kira 20 kilometer (12.4 bt) dari Kuching, ibu negeri Sarawak.
Kampung Tambirat | |
---|---|
Koordinat: 1°32′50″N 110°31′06″E / 1.54727498°N 110.51845966°EKoordinat: 1°32′50″N 110°31′06″E / 1.54727498°N 110.51845966°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Aras | 1 m (3 ft) |
Penduduk | |
• Jumlah | 2,978 orang |
• Bilangan rumah | 463 |
Poskod | 94600 |
Kawasan petempatan sekitarnya:[4]
- Kampung Tambey, 6 kilometer (3.7 bt) selatan
- Kampung Baru, 7 kilometer (4.3 bt) selatan
- Kampung Rembus, 8 kilometer (5.0 bt) barat daya
Kemudahan asas
suntingTerdapat dua buah sekolah kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Tambirat (Kod sekolah: YBA8105) serta Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua (Kod sekolah: YCC8102) yang berstatus luar bandar.[5] Kampung Tambirat juga dilengkapi dengan kemudahan membeli barang di Pasar Tambirat serta sebuah padang. Kampung Tambirat juga salah satu tarikan ekonomi yang terdapat pada daerah Asajaya.[6] Tapak Regata Samarahan juga terletak disini.[6]
Rujukan
sunting- ^ "Gazetir Negeri Sarawak" (PDF). Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan, Malaysia. 19 Ogos 2017 [2015]. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-23. Dicapai pada 15 Mei 2021.
- ^ "Tambirat, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames.org. Dicapai pada 16 Mei 2021.
- ^ a b "Profail Daerah Asajaya, Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia". samarahan.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Samarahan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-20. Dicapai pada 19 Mei 2021.
- ^ "Tambirat Map" di Mapcarta. Dicapai pada 25 Mei 2021.
- ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". moe.gov.my. Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2021.
- ^ a b Chris Bishop (20 Julai 2019). "Kampung Tambirat, Tarikan Ekonomi Baharu di Asajaya". dayakdaily.com. Dayak Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-25. Dicapai pada 25 Mei 2021.