Kampung Sungai Serdang
Kampung Sungai Serdang adalah sebuah kampung tradisional yang terletak di dalam mukim Kapar dan di hujung daerah Klang iaitu bersempadanan dengan daerah Kuala Selangor. Jauhnya dari Bandar Klang kira-kira 22 km. Ia bersempadan dengan Kampung Tambak Jawa disebelah utara ,Stesen Janaelektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah disebelah selatan, Kampung Tok Muda Kapar disebelah timur manakala disebelah baratnya pula bersempadan dengan Laut Selat Melaka di dalam Negeri Selangor, iaitu sebuah negeri di Malaysia.
Kampung Sungai Serdang | |
---|---|
Kampung | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Kapar |
Kampung | Kampung Sungai Serdang |
Pentadbiran | |
• Jenis | Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen |
• Yang di-Pertuan Agong | Sultan Ibrahim |
• Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
• Timbalan Perdana Menteri | Ahmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof |
Penduduk ( N/A ) | |
• Penduduk | (Melayu Cina India) |
• Pecahan Menurut Kaum | 93.7% Melayu 5.2% Cina 0.3% India |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 42200 |
Kod kawasan | +603 |
Laman sesawang | https://myminiweb.com/mpkk-kg.-sungai-serdang-dun-sementa-parlimen-kapar-negeri-selangor/25767.html |
Lokasi Kampung Sungai Serdang di Peta Google |
Kampung ini dibuka pada tahun 1959 yang mempunyai keluasan 1200ekar. Ia diberi nama sempena sebatang pokok Serdang yang tumbuh ditepi sebatang sungai yang berada dikawasan itu, lantaran dari itu kampung ini dinamakan Sungai Serdang hingga kini.
Jumlah Penduduk : 4,250 orang
Melayu : 3,951
Cina : 253
India : 26
Lain-lain : -
Pendatang Asing : 20
Kemudahan asas
suntingPendidikan
sunting- Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang
- Sekolah Rendah Agama Sungai Serdang
- Tabika Kemas Bustanul Naim
- Pra-Sekolah Bestari
- Tahfiz Darul Islah
Tempat beribadat
sunting- Masjid Jamiul Redzuan
- Surau Al-Hidayah (Jalan Siantan, Kampung Sungai Serdang)
- Surau Al-Amin (Jalan Dato' Hussin, Kampung Sungai Serdang)
- Surau Al-Husna (Jalan Melati, Kampung Sungai Serdang)
- Surau Al-Dalimuniah (Jalan Cempaka, Kampung Sungai Serdang)
Dewan Orang Ramai
Tanah Perkuburan Islam
Poskod
suntingPoskod yang digunakan di Kampung Sungai Serdang, Kapar, Selangor ialah 42200.[1]