Kampung Sungai Lerek
Kampung Sungai Lerek merupakan sebuah kampung yang terletak di Chalok, Daerah Setiu, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.
Kampung Sungai Lerek | |
---|---|
Kampung | |
![]() Peta Malaysia. | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | ![]() |
Negeri | Terengganu Darul Iman |
Daerah | Daerah Setiu |
Mukim | Chalok |
Kampung | Kampung Sungai Lerek |
Pentadbiran | |
• Jenis | Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen |
• Yang di-Pertuan Agong | Sultan Ibrahim |
• Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
• Timbalan Perdana Menteri | Ahmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 21450 |
Kod kawasan | +609 |
Lokasi Kampung Sungai Lerek di Peta Google |
Kampung Sungai Lerek merupakan sebuah kampung yang terletak di Setiu, Terengganu. Kampung ini bersempadan dengan Kampung Sungai Pinang, Kampung Sungai Bari, Kampung Chalok Lama dan Felda Chalok Barat. Terletak di laluan utama Jalan Persekutuan yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Terengganu. Nama kampung adalah diambil sempena nama sebatang sungai yang mengalir disini iaitu Sungai Lerek yang dikatakan suatu masa dahulu ditumbuhi oleh banyak pokok Lerek di sepanjang sungai tersebut yang kini semakin sukar untuk menjumpai pokok tersebut di kawasan ini. Daun dari pokok lerek adalah digunakan untuk membuat sejenis makanan tradisional Melayu iaitu Lemang yang hanya boleh ditemui pada Hari Raya sahaja.
Infrastruktur
suntingMedan Selera Sungai Lerek adalah sebuah tempat R&R dengan beberapa lot restoran dan kedai makan yang diwujudkan oleh Majlis Daerah Setiu untuk kemudahan kepada pengguna jalanraya yang melalui kawasan ini dan penduduk sekitar. Malah pada setiap hari Khamis, Pasar Malam turut beroperasi di dataran parkir kereta di sini.
Disini juga terdapat sebuah Sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Lerek yang mula dibuka pada tahun 2004. Sebelum Sekolah ini dibina kebanyakkan penduduk disini belajar di Sekolah Kebangsaan Batu 29 yang terletak di Kampung Sungai Bari.
Bagi meningkatkan penjagaan kesihatan di kalangan penduduk, sebuah klinik turut dibina di sini iaitu Klinik Desa Sungai Lerek yang lebih memfokuskan kepada Klinik ibu dan anak. Masjid Al Amin adalah sebuah Masjid baru dibina di Kampung Sungai Lerek yang terletak bersebelahan dengan klinik desa ini.
Kemudahan asas
suntingPendidikan
suntingTempat beribadat
suntingPoskod
suntingPoskod yang digunakan di Kampung Sungai Lerek, Chalok, Daerah Setiu, Terengganu adalah 21450.[1]