Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang
Kampung Sijangkang merupakan sebuah kampung yang terletak di Telok Panglima Garang, dalam Selangor, iaitu sebuah negeri di Malaysia.
Kampung Sijangkang | |
---|---|
Kampung | |
![]() Peta Malaysia. | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | ![]() |
Negeri | Selangor |
Daerah | Telok Panglima Garang |
Kampung | Kampung Sijangkang |
Pentadbiran | |
• Jenis | Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen |
• Yang di-Pertuan Agong | Sultan Ibrahim |
• Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
• Timbalan Perdana Menteri | Ahmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof |
Keluasan | |
• Jumlah | 6.32467188 batu persegi (16.38082496 km2) |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 42500 |
Kod kawasan | +603 |
Keluasan ekar | 4,047.79[1] |
Lokasi Kampung Sijangkang di Peta Google |
Kampung Sijangkang merupakan salah satu kampung yang terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Kampung Sijangkang terletak terletak lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat. Pusatnya pekan Sijangkang.
Sejarah
suntingAsal-usul nama kampung
suntingNama Sijangkang berasal dari sejenis pokok yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok hutan yang menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri. Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini terdapat di sebahagian tempat di Indonesia.
Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati di sebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut ‘si’. Maka timbul nama ‘Si Jangkang’ yang akhirnya bertukar menjadi ‘SIJANGKANG’.
Pembukaan kampung
suntingAdalah dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907. ia diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka seperti Kampung Benting Tengah dan Kampung Pendamar. Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari pengkalan-pengkalan kecil yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna kampung Benting Tengah dan Kampung Pendamar adalah lebih tua dari Kampung Sijangkang.
Tanah perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan ketika ini dipercayai sudah terhakis oleh air sungai tersebut. Wakaf perkuburan yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid lama dan Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari tepi sungai hingga ke perkuburan sekarang adalah di bawah Geran Bebas (Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh orang asing. Peneroka Kampung Sijangkang yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk menambah pembiayaan menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga sekarang, orang Cina masih mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun dalam lingkungan tahun 1925, ada beberapa sekatan dan pindaan kanun tanah dari Geran Putih ke Geran Merah.
Perkembangan dan kemajuan
suntingPada tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina menghubungkan satu tempat ke satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar) Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak di Batu 8 (jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km). Kemudian selepas zaman darurat, selepas orang-orang Cina dipindahkan ke kampung-kampung baru, Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke Batu 1. Tanaman hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.
Kemudahan asas
suntingPendidikan
suntingTempat beribadat
sunting- Masjid Jami'ul Ehsani Kampung Sijangkang
Poskod
suntingPoskod yang digunakan di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor ialah 42500.[2]
Rujukan
suntingPautan luar
sunting