Kampung Rinching Tengah

MAKLUMAT AM

sunting
  • Pengerusi MPKK (PH)  :
  • Ketua Cawangan UMNO  : En. Amir salim

Ketua wanita cawangan UMNO : norijah ayub

Kampung Rinching Tengah terletak di mukim Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Nama "Rinching" berasal dari nama sungai kecil yang mengalir di sini, Sungai Rinching.

Terdapat dua kampung dan dua taman lain yang menggunakan nama Rinching, iaitu Kampung Rinching Hulu, Kampung Rinching Hilir, Bandar Rinching dan Taman Rinching Indah.

Kampung ini masih lagi mengekalkan 'unsur kekampungan ' seperti :

  • masih banyak rumah daripada papan
  • susun rumah tidak seragam
  • kebun buah-buahan
  • kedai kecil-kecilan.

Jalan di Kampung Rinching Tengah hanya 3 meter lebar dengan semak-samun di kiri dan kanan jalan.

Terdapat 2 jalan rasmi yang diwartakan didalam jalan-jalan rasmi negara Malaysia.

  1. 1) Jalan Rinching Tengah
  2. 2) Jalan Masjid

Kampung Rinching Tengah adalah dibawah pentadbiran Majlis Penbandaran Kajang

Di hadapan seberang jalan dan di kanan Kampung Rinching Tengah terdapat sebuah bandar iaitu Bandar Tasik Kesuma dan di sebelah kirinya Bandar Rinching dan Taman Rinching Indah. Kampung ini tersepit dan terkorban oleh proses pembangunan.

Sejarah

sunting
  • Telah diteroka pada tahun 1912 oleh orang Melayu keturunan Jawa, Minangkabau dan Rembau. Kebanyakan penduduknya ketika itu bekerja sebagai petani dan penoreh getah.
  • Apabila negara menghadapi darurat pada tahun 1948, penduduk Kampung Rinching Tengah yang tinggal jauh di pendalaman telah dikumpulkan ke satu kawasan oleh pihak berkuasa di satu kawasan penempatan di dalam kampung untuk menjaga keselamatan mereka dari ancaman komunis. Penempatan ini telah kekal sehingga ke hari ini yang dikenali sebagai Kampung Rinching Tengah.

Keluasan

sunting

Luas kampung ini lebih kurang 345 ekar yang terletak dalam Tanah Rezab Melayu. 30 ekar untuk petempatan perumahan , 280 ekar kebun getah , 25 ekar dusun durian dan 10 ekar tanah terbiar.

Kemudahan asas

sunting
  1. 1960 Sekolah Rendah Kebangsaan
  2. 1970 Bekalan air paip ke rumah-rumah
  3. 1974 Klinik Desa
  4. 1974 Balai raya (Lama)
  5. 1975 Jalan berturap
  6. 1975 Bekalan elektrik ke rumah
  7. 1984 Padang bola
  8. 1984 Taman permainan
  9. 1985 Kedai pembangunan Luar Bandar( 2 unit)
  10. 1986 Bekalan telefon ke rumah
  11. 1990 Surau baru
  12. 1992 Penambahan peralatan taman permainan
  13. 1999 Kedai belia
  14. 1999 Balai raya ( baru )
  15. 1999 Bangunan tambahan Sekolah Kebangsaan
  16. 1999 Sekolah Agama Rinching Tengah
  17. 2001 Surau Sekolah Agama
  18. 2005 jalan diturap semula
  19. 2012 surau diperbaiki