Kampung Paya Kerchut, Pendang
Kampung Paya Kerchut merupakan sebuah kampung yang terletak di Pendang, dalam negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia
Kampung Paya Kerchut | |
---|---|
Kampung | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah Darul Aman |
Daerah | Pendang |
Kampung | Kampung Paya Kerchut |
Pentadbiran | |
• Jenis | Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen |
• Yang di-Pertuan Agong | Sultan Ibrahim |
• Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
• Timbalan Perdana Menteri | Ahmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 06700 |
Kod kawasan | +604 |
ASAL USUL KG - Kampung Paya Kerchut diambil nama pada sejenis tumbuhan yang hidup meliar di kwsn tanah terbiar dengan banyaknya dan luas hingga kaki bukit murai/kuala Rimau. Sekarang ini dah jadi bendang.
Tumbuhan ini, pokok kerchut yang boleh dibuat benda kegunaan harian seperti tikar, bakul, dan kraftangan yang lain. Pernah dibuat bekas simpanan padi sebesar jelapang padi.
Pokok kerchut berbentuk bulat panjang mcm straw dgn ketinggian boleh menjangkau tiga meter panjang. Pokoknya tumbuh merumpun dengan banyak nya di kawasan berpaya cetek. Di waktu zaman Jepun memerintah Malaya, jika diketahui gerombolan askar Jepun bergerak ke ke padang pusing dari jenun, orang kampung Paya Kerchut terutama wanita dan kanak kanak akan lari bersembunyi di hutan kerchut yang luas ini.
Memproses kerchut bermula dengan memotong batang kerchut yang panjang 3meter itu dan dikumpulkan menjadi ikatan yang boleh di usung ke kawasan berair sedalam 1meter dan berselut untuk proses seterusnya. Proses kedua, kerchut tadi dibawa dan diletakkan di tepi sungai atau tebing kolam untuk proses penyelutan. Selut putih diambil dalam sungai dan dilumurkan di tiap batang pokok kerchut dan diikat semula. Kemudian proses rendaman di mana ikatan pokok kerchut direndam dalam air sungai/kolam supaya tenggelam keseluruhan ikatan pokok kerchut tadi. Untuk mengelak dari timbul diletakkan batang kayu berat di atas ikatan tadi. Proses rendaman ini dilakukan selama 10hari dan di angkat ke darat. Seterusnya pokok kerchut ini di buka ikatannya dan dijemur satu satu pokok di panas matahari selama 2 atau tiga hari. Setelah kering barulah dibawa balik ke rumah untuk proses peleperan di mana pokok kerchut yang bulat kering itu dilaporkan dengan kayu khas dari bawah pucuk pokok. Akhir kumpulan pokok kerchut siap proses boleh dibuat sebarang benda kegunaan harian seperti tikar, bakul atau kraf
Terkini di laporkan pokok kerchut berpotensi untuk di jadikan barangan hiliran lain seperti kertas, guni dan sebagainya.
CHEMPEDAK Paya Kerchut amat popular sebelum tahun 70an di mana menjadi tumpuan seluruh Kedah kerana rasanya, ulas banyak, bentuk dan pelbagai species. Pernah diberitahu buahnya di minati ke Istana Kedah.
2017 .[1] Makanan popular dan viral di Kg Paya Kerchut adalah bihun sup Kak Mah dan ais kacang[2]
Kemudahan asas
suntingJalan Mini Tar - menghubungkan kg di sekeliling.
Arah Utara - ke Kg Gajah Mati dan Kg Pondok Chegar seterusnya jalan utama Pendang ke Sg Tiang.
Arah Selatan - ke MRSM Pendang serta Jalan Utama Pendang ke Jenun.
Arah Barat - ke Kg Paya Nedam dan kg Air Puteh Dalam serta jalan utama Pendang Jenun.
Arah Timur - Ke Kg Kuala Rimau melalui jalan ban sawah padi.
Bekalan Letrik
Bekalan Air
Taman Didikan Kanak-kanak KEMAS
Perpustakaan Desa
Pendidikan
suntingSekolah Kebangsaan Hj Mat Dahan
Ditubuhkan tahun 1920.
Penubuhan sekolah di ketuai Tuan Haji Mat Dahan bin Mat Ali bersama Tuan Haji Kadir serta penduduk lain.
Melahirkan cerdik pandai seperti Datuk Wira Othman Abdul bekas Ahli Parlimen dari 1984 hingga 2018, DO², Doktor², Jurutera², Ustaz², guru², peniaga² dan sebagainya.
Tempat beribadat
suntingMasjid Al Rahman
Poskod
suntingPoskod yang digunakan di Kampung Paya Kerchut, Pendang, Kedah adalah 06700.[3]
Rujukan
sunting- ^ "Pengenalan Hari Muzium Antarabangsa 2016". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-01. Dicapai pada 2017-12-06.
- ^ Laksa Kedah
- ^ Carian Poskod