Kampung Parit Sidang Seman

Kampung Parit Sidang Seman merupakan sebuah kampung yang terletak di Sungai Rambai, dalam Melaka, iaitu sebuah negeri di Malaysia. Kampung ini merupakan salah satu yang tersenarai sebagai Kampung Warisan Negeri Melaka atas sebab peninggalan warisan dan budaya yang berada di kampung ini.

Kampung Parit Sidang Seman
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Parit Sidang Seman
Mohor rasmi Kampung Parit Sidang Seman
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriMelaka
Daerah Sungai Rambai
KampungKampung Parit Sidang Seman
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
77400
Kod kawasan+606
Lokasi Kampung Parit Sidang Seman di Peta Google

Dengan keunikan dan komuniti masyarakat yang bersatu-padu di kampung ini, ianya sedikit sebanyak telah memberikan sekilas dalam intipati autentik kehidupan luar bandar di Malaysia.

Pada 5 Januari 2012, kampung ini telah digazetkan oleh kerajaan negeri Melaka sebagai Kampung Warisan Negeri Melaka.

Sejarah

sunting

1900-an: Kehadiran 18 Orang Pengembara

sunting

Seramai 18 orang pengembara telah datang ke kawasan kampung ini ketika ianya adalah sebuah hutan sahaja. 18 orang pengembara ini terbahagi kepada 8 orang dan 10 orang bagi bahagian selatan dan utara. Kehadiran mereka ini juga merupakan punca utama pembukaan kampung-kampung yang lain di sekelilingnya seperti Kampung Parit Putat, Kampung Parit Penghulu, Kampung Parit Gantong, Kampung Parit Sialang dan Kampung Parit Perawas. Di antara mereka, ada seorang figura yang memainkan peranan yang besar dalam menjadi semangat pengembara dan penduduk-penduduk yang lain iaitu Sidang Seman.

Semasa mereka hadir di kawasan kampung ini, tiada penduduk yang tinggal di situ kerana tiada perumahan dibina atas sebab kawasan tersebut merupakan kawasan hutan yang tidak berpenghuni. Walau bagaimanapun, terdapat sebuah sumber air yang mengalir dari Sungair Rambai yang menyebabkan terjadinya parit semula jadi sepanjang kawasan tersebut. Pertembungan dua anak sungai tersebut menyebabkan wujudnya dua kampung berbeza iaitu Parit Penghulu dan Parit Sidang Seman.

1950-an-1960-an: Peningkatan Pertanian Sebagai Aktiviti Ekonomi Utama

sunting

Setelah beberapa tahun berlalu, kawasan yang dahulunya hutan telah mempunyai beberapa rumah kayu yang telah dibina sebagai tempat tinggal. Hutan tersebut telah ditukar menjadi sebuah kawasan pertanian berfokuskan perladangan kelapa sawit dan pokok getah. Tanah pertanian yang diusahakan merupakan hak milik individu masing-masing yang tinggal di kampung tersebut dan sekali gus menjadi sumber pendapatan utama di dalam komuniti tersebut.

Selain daripada itu, rumah-rumah yang dibina adalah khas berkonsepkan Rumah Tradisional Limas yang turut diinspirasikan daripada rumah-rumah tradisional di Johor. Rumah-rumah yang dibina sangat dekat dengan satu sama lain dan dipisahkan sebelah utara dan selatan dengan sebuah parit, jalan tanah selebar 3 meter, sebuah parit lagi dan kawasan perumahan. Di belakang kawasan perumahan kedua-dua belah merupakan kawasan tanaman perladangan.

1980-an: Peningkatan Populasi Penduduk

sunting

Peningkatan populasi penduduk di kampung tersebut sekali gus menyebabkan penuntutan peningkatan kediaman. Selain itu, disebabkan oleh lokasi kampung berada di sempadan Melaka dan Johor, ramai penduduk telah berkahwin campur antara Melayu dan Jawa dan turut menjadi salah satu punca utama populasi penduduk makin tinggi.

2000-an: Pemodenan Kampung

sunting

Semakin lama masa berlalu, semakin tinggi populasi penduduk. Demi kesejahteraan, kesenangan dan keselamatan penduduk, jalan utama kampung itu telah dilebarkan dari 3 meter ke 8 meter. Perjuangan pelebaran jalan ini memakan masa yang lama oleh ketua kampung. Beliau harus mendapatkan persetujuan sekampung dan meminta persetujuan daripada pihak berkuasa juga. Walaupun ada di antara penduduk yang tidak bersetuju, tetapi keputusan haruslah dilaksanakan demi masa depan kampung. Oleh kerana itu, banyak rumah Limas terpaksa dirobohkan dan parit harus dikecilkan untuk mengambil ruang pelebaran jalan tersebut. Walau bagaimanapun, parit yang sedia ada di kampung ini telah dibina semula untuk mengawal banjir pada masa hadapan. Dalam pada itu, kawasan pertanian juga terpaksa diambil sebahagiannya untuk membina semula rumah-rumah yang telah dirobohkan.

Kini, kebanyakkan rumah di kampung ini dibina dengan batu bata dan reka bentuk yang modern berbanding dengan rumah yang berkonsepkan Limas sebelum ini. Walau bagaimanapun, terdapat sebuah Rumah Tradisional Limas yang dikekalkan di sini dan telah diiktiraf sebagai salah satu rumah tradisional yang harus dikekalkan oleh kerajaan negeri Melaka dan sekali gus menjadikan Kampung Parit Sidang Seman sebagi Kampung Warisan Negeri Melaka.

Kemudahan asas

sunting

Pendidikan

sunting
  1. Madrasah Pusat Tahfiz Darul Naim Kasih
  2. Tadika JAIM Maisarah

Tempat Beribadat

sunting
  1. Madrasah Al-Jihad

Balai Raya

sunting
  1. Balai Raya Kampung Parit Sidang Seman

Tapak Warisan

sunting
  1. Galeri Al-Jabbar
  2. Rumah Tradisional Limas

Poskod

sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai, Melaka ialah 77400.[1]


Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting