Kampung Lembah, Pasir Puteh
Kampung Lembah merupakan sebuah kampung yang terletak di kawasan Cherang Ruku, Pasir Puteh, dalam negeri Kelantan Darul Naim, iaitu sebuah negeri di utara Malaysia. Kelantan merupakan sebuah negeri di utara Malaysia, dengan keluasan lebih kurang 14,922 km². Ia terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Tambahan pula, di kampung ini terdapat kawasan memancing yang banyak kerana berdekatan dengan Sungai Semerak. Gate Air Kampung Lembah terkenal dengan kawasan yang sesuai untuk melakukan riadah petang seperti berjoging, memancing ikan dan melepak.
Kampung Lembah | |
---|---|
Kampung | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kelantan Darul Naim |
Daerah | Pasir Puteh |
Kampung | Kampung Lembah |
Pentadbiran | |
• Jenis | Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen |
• Yang di-Pertuan Agong | Sultan Ibrahim |
• Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
• Timbalan Perdana Menteri | Ahmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 16700 |
Kod kawasan | +609 |
Lokasi Kampung Lembah di Peta Google |
Kemudahan asas
suntingPendidikan
suntingSekolah yang berhampiran dengan kampung lembah adalah sekolah rendah yang terletak di kampung sepulau iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Sepulau.
Tempat beribadat
suntingMajoriti penduduk kampung lembah beragama islam. Masjid Kampung Lembah merupakan pusat untuk menunaikan ibadat yang utama. Selain itu, Surau Alik Jatuh juga merupakan alternatif untuk penduduk yang berdekatan kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembah untuk menunaikan ibadat.
Poskod
suntingPoskod yang digunakan di Kampung Lembah, Pasir Puteh, Kelantan adalah 16700.[1]