Kampung Drift merupakan filem aksi komedi cereka sains Malaysia 2016 arahan Nevin Hiong terbitan Mico Studios, dibintangi oleh Pekin Ibrahim dan Syafie Naswip.[1] Ia mengisahkan tentang Johan yang amat meminati sukan drift, namun ditentang keras oleh bapanya untuk menyertai sukan tersebut, minat Johan terhadap drift tidak pernah pudar.[2] Filem ini ditayangkan di pawagam pada 4 Ogos 2016.[3][4]

Kampung Drift
PengarahNevin Hiong
PenulisNevin Hiong
Lakon layarTommy Loh
Puovin Sandera
Dihasilkan olehNevin Hiong
Dibintangi
SinematografiNevin Hiong
Muzik olehLee Nai Kong
Syarikat
penerbitan
Mico Studios
Tarikh tayangan
4 Ogos 2016
Masa tayangan
94 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Mengisahkan pengembaraan hidup seorang remaja bernama Johan dalam mencari erti kejayaan dan kehidupan menerusi sukan drift yang berkait rapat dengan sejarah hidupnya.

Walaupun ditentang keras oleh ayahnya untuk menyertai sukan drift, minat Johan terhadap sukan itu tidak pernah pudar. Bersama-sama kawan baiknya, Bojeng, pakciknya, Ajoi, dan saintis ‘gila’, Pak Idon, dia akan menggunakan apa sahaja cara untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan pemotoran drift itu. Minat Johan mula bertukar menjadi sebuah impian besar apabila dia mendapat tahu sejarah hitam ayahnya yang berkait rapat dengan sukan drift.

Namun, penglibatan Johan dalam sukan drift ini menghadapi jalan sukar apabila dia terlibat dalam pelbagai konflik diri, masalah cinta dan persaingan di antara Julia, Shiela dan Ray, drifter ternama dari Kuala Lumpur. Semua ini pula bakal membawa kepada kematian orang yang disayanginya. Johan cuba mengubah sejarah dengan menggunakan mesin merentas masa untuk kembali ke masa silam. Berjayakah dia? Semuanya bakal terjawab dalam Kampung Drift.

Pelakon

sunting
  • Syafie Naswip sebagai Johan — Remaja yang sedang mencari diri sendiri, cinta, erti kehidupan dan menemuinya dalam dunia permotoran drift serta sejarah lama ayahnya.
  • Pekin Ibrahim sebagai Acai — Bekas pelumba drift yang selama ini hidupnya dihantui sejarah silam penuh duka, sehinggalah dia menemui impian hidupnya semula menerusi minat baru anaknya.
  • Fatin Afeefa sebagai Julia — Rakan sekampung dan gadis idaman Johan yang beransur hanyut selepas berpindah ke Kuala Lumpur.
  • Pablo Amirul sebagai Ray — Pakar pemandu drift yang sanggup melakukan apa sahaja dalam cuba menarik perhatian dan merebut cinta Julia dan Shiela daripada musuhnya, Johan.
  • Jazli Hassan sebagai Bojeng
  • Esma Daniel sebagai Pak Din
  • Kamarool Haji Yusoff sebagai Ayah Acai
  • Yasmin Md Isa sebagai Shima / Ibu Johan
  • Ieda Moin
  • Zalfa Zain sebagai Shiela
  • Syazwan Yunos
  • Chen Sin Foo sebagai Pak Idun

Penerbitan

sunting

Kampung Drift diarahkan oleh Nevin Hiong dalam kerjaya sulungnya sebagai sutradara.[5] Beliau turut berkhidmat sebagai penerbit, penulis skrip dan mengendalikan sinematografi, kos pembikinan filem ini dianggarkan sebnayak RM1.8 juta termasuk promosi. Nevin berkata mengenai filem ini: "Saya dapat idea (untuk mengarahkan filem ini) kira-kira dua tahun lalu, ketika penggambaran dokumentari di China. Melihatkan perlumbaan drift di sana, terdetik untuk saya terbitkan filem sebegini. Bekerja dengan pelakon terbaik ini memudahkan kerja kami,".[6] Menurut Nevin, sebanyak 30 peratus elemen sains fiksyen telah dimuatkan dalam filem ini.[7]

Pekin Ibrahim yang sebelum ini bekerja dengan Hiong dalam filem Cerita Kita (2013) arahan Pierre Andre, memegang watak sebagai Acai, beliau mengingati pengalaman sewaktu menjayakan filem ini: "Kami bertemu di sebuah kedai mamak dan dia memberitahu saya bahawa saya adalah pilihan pertama untuk membintangi filem itu. Apabila saya mendengar cerita, saya diingatkan mengenai filem Chow Yun Fat ini yang pernah saya tonton sebagai anak kecil yang dikenali sebagai All About Ah Long,"[8]

Penggambaran dijalankan dari Ogos hingga September 2015 di beberapa lokasi menarik seperti Bukit Fraser, Genting Highlands dan Janda Baik. Berbeza dengan filem sukan drift tempatan lain, Kampung Drift menggabungkan genre aksi, komedi, drama dan cereka sains.[9]

Keluaran dan sambutan

sunting

Kampung Drift dikeluarkan pada 4 Ogos 2016 di pawagam seluruh Malaysia.[10]

Filem ini mendapat ulasan positif dari pengkritik filem. Bibi Nurshuhada Ramli mengulas untuk New Straits Times menulis: "...teknologi yang digunakan cukup maju untuk membuat kita sekurang-kurangnya percaya bahawa masa perjalanan mungkin. Teknologi penggambaran tempatan sememangnya berkembang tetapi sejak seluruh filem itu tidak kelihatan futuristik, unsur perjalanan masa itu kelihatan tidak dapat ditandingi."[11]

Rujukan

sunting
  1. ^ Khaliq Radzi (27 Mei 2016). "Syafie Naswip, Pekin Ibrahim Bakal Beraksi Dalam Kampung Drift". Youth Bernama. Dicapai pada 6 April 2017.
  2. ^ Syed Mahdi (5 Jun 2016). "Aksi, fiksyen Kampung Drift". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 April 2017.
  3. ^ "Could 'Kampung Drift' turn out to be a future cult classic?". Daily Seni. 28 Julai 2016. Dicapai pada 6 April 2017.
  4. ^ "Kampung Drift Bukti Nafas Baru Perfileman Negara". Rotikaya. 3 Ogos 2016. Dicapai pada 6 April 2017.
  5. ^ "Kampung Drift: Kisah seorang drifter kampung". Oh Media!. 6 Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-18. Dicapai pada 6 April 2017.
  6. ^ Haslinda Kamaludin (16 Julai 2016). "Aksi, komedi dan sains fiksyen dalam Kampung Drift". Sinar Harian. Dicapai pada 6 April 2017.
  7. ^ Kemalia Othman (30 Julai 2016). "Pengarah Cari Kelainan Selit Sains Fiksyen Dalam 'Kampung Drift'". mStar Online. Dicapai pada 6 April 2017.
  8. ^ Angelin Yeoh (10 Ogos 2016). "Kampung Drift takes a surprising turn, with time travel". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-18. Dicapai pada 6 April 2017.
  9. ^ "Trailer dan sinopsis filem Kampung Drift". Sensasi Selebriti. 6 Jun 2016. Dicapai pada 6 April 2017.
  10. ^ Najiy Jefri (1 Ogos 2016). "Suntikan baru dunia filem tempatan". Harian Metro. Dicapai pada 6 April 2017.
  11. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (11 Ogos 2016). "Drifting into sci-fi". New Straits Times. Dicapai pada 6 April 2017.

Pautan luar

sunting