Kampung Changkat Tin
Kampung Changkat Tin merupakan sebuah kampung yang terletak di Tanjung Tualang, dalam negeri Perak, iaitu sebuah negeri di Malaysia.
Kampung Changkat Tin | |
---|---|
Kampung | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Perak |
Daerah | Tanjung Tualang |
Kampung | Kampung Changkat Tin |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 31800 |
Kod kawasan | +605 |
Lokasi Kampung Changkat Tin di Peta Google |
Kampung Changkat Tin semakin lesu akibat tidak ada lagi kegiatan perlombongan bijih timah. Ramai penduduknya pindah ke Ipoh, Kuala Lumpur dan lain-lain untuk mencari pekerjaan baru. Pada suatu masa dahulu Changkat Tin cukup meriah dengan pelbagai aktiviti ekonomi terutama sekali bijih timah dan getah. Segalanya kini tinggal kenangan. Inilah bahana yang ditanggung oleh sebahagian besar pekan-pekan dan kampung di Perak yang terlalu bergantung kepada bijih timah. Kini bekas-bekas lombong-lombong diusahakan dengan ternakan itik dan ikan air tawar.
Untuk maklumat semua kg Changkat Tin sekarang ini telah bertukar wajah, dari sumber perlombongan ke sumber pertanian dan penternakan.Sekiranya anda datang ke kg Changkat Tin, anda akan lihat bekas lombong telah dipenuhi dengan ternakan itik dan kelapa sawit. Begitu juga dengan penduduknya yang kini mula menternak binatang perliharaan, seperti kerbau, lembu, kambing dan lain-lain.
Kemudahan asas
suntingPendidikan
suntingTempat beribadat
suntingPoskod
suntingPoskod yang digunakan di Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, Perak ialah 31800.[1]