Kampung Belingos
Kampung Belingos ialah sebuah kampung dalam Mukim Bangar di Daerah Temburong, Brunei. Poskod bagi Kampung Belingos ialah PA3151.[2][3]
Kampung Belingos | |
---|---|
Koordinat: 4°40′27″N 115°04′41″E / 4.6741°N 115.0781°EKoordinat: 4°40′27″N 115°04′41″E / 4.6741°N 115.0781°E | |
Negara | Brunei |
Daerah | Temburong |
Mukim | Bangar |
Penduduk (2016)[1] | |
• Jumlah | 29 |
Zon waktu | UTC+8 (BNT) |
Poskod | PA3151 |
Asal nama
suntingMengikut cerita orang-orang tua, Kampung Belingos dinamakan oleh puak Murut, tetapi makna perkataan Belingos tidak diketahui. Ia mungkin diambil sempena nama sebatang anak sungai yang dinamakan Sungai Belingos. Bilangan penduduk di kampung ini ialah 58 orang sahaja dan terdapat 9 buah rumah persendirian. Jumlah penduduk ini adalah termasuk kakitangan Jabatan Elektrik dan keluarga mereka yang tinggal di Berek Jabatan Elektrik Kampung Belingos. Keseluruhan penduduknya bangsa Melayu dan berugama Islam. Kebanyakan penduduk-penduduk Kampung Belingos bekerja dengan sektor kerajaan dan selebihnya bertani dan nelayan. Di Kampung Belingos ini terdapat Stesen Janakuasa Elektrik yang memberi bekalan elektrik di seluruh Daerah Temburong.[4]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 18 Jun 2021.
- ^ "Buku Panduan Poskod Negara Brunei Darussalam [Edisi Kedua]" (PDF). post.gov.bn. m/s. 47. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-16. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
- ^ "Kampong Belingus, Bangar, Temburong: PA3151". brn.postcodebase.com. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
- ^ Majlis Perundingan Kampung Belingos. - Sejarah Kampung.