Nurul Kamilia Afiqah Mohd Kamaruzaman (lahir 8 Julai 1998) merupakan seorang penyampai radio Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyampai radio Molek FM (2022) dan Hot FM (2023-24).

Kamilia Afiqah
Kelahiran
Nurul Kamilia Afiqah binti Mohd Kamaruzaman

(1998-07-08) 8 Julai 1998 (umur 26)
Nama lainKeymi
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan
  • Penyampai radio
  • Pengacara
Tahun aktif2022–kini
Majikan
PasanganKhairul Hazwan Bin Husin (k. 2023)

Kehidupan awal

sunting

Beliau dilahirkan pada hari Rabu 8 Julai 1998 persamaan 14 Rabialawwal 1419 masihi sebagai Nurul Kamilia Afiqah binti Mohd Kamaruzaman di Kemaman, Terengganu dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya

sunting

Keymi memulakan kerjaya sebagai penyampai radio setelah terpilih menjadi pemenang pertandingan Cek Mek Molek anjuran stesen radio Molek FM. Keymi berjaya membawa pulang kontrak bersama Molek FM bernilai lebih RM30,000. [1]

Setelah setahun bersama Molek FM dalam segmen Molek 10-3 khidmatnya diteruskan lagi di Hot FM dalam segmen FYP@Hot.

Kehidupan peribadi

sunting

Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama dengan pengurusnya, Khairul Hazwan Bin Husin pada 20 Julai 2023. Kumpulan nasyid UNIC turun mempersembahkan lagu "Hanya Tuhan Yang Tahu" dalam majlis tersebut.

Radiografi

sunting
Tahun Tajuk Stesen
27 Mac - 29 Disember 2022 Molek 10-3 Molek FM
2 Januari 2023 - 28 Jun 2024 FYP@Hot & Carta Muzik Muzik Hot FM Hot FM

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Couple ABPBH (bersama Khairul Hazwan) Tercalon

Nota kaki

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ [1]Harian Metro (29 Mac 2022). Dicapai pada 21 Mei 2023.

Pautan luar

sunting