Kamehameha I
Kamehameha I (nama penuh: Kalani Paiʻea Wohi o Kaleikini Kealiʻikui Kamehameha o ʻIolani i Kaiwikapu kaui Ka Liholiho Kūnuiākea, Februari 1758, November 1737 atau 1 Mei 1738; — 8 Mei 1819) juga dikenali sebagai Kamehameha Agung menakluk Kepulauan Hawaii dan secara rasmi menubuhkan Kerajaan Hawaii pada tahun 1810. Baginda berjaya mengekalkan kebebasan Hawaii dengan menjalinkan hubungan baik dengan kuasa penjajah di Pasifik. Baginda turut menggubal Kanawai Mamalahoe iaitu undang-undang yang melindungi hak asasi manusia bagi mereka yang tidak melibatkan diri sebagai pahlawan dalam peperangan.
Kamehameha I | |||||
---|---|---|---|---|---|
Raja Kepulauan Hawaii | |||||
Pemerintahan | Julai 1782 – 8 atau 14 Mei 1819 | ||||
Diikuti oleh | Kamehameha II | ||||
Keputeraan | s. 1735 Kapakai, Kokoiki, Moʻokini Heiau, Kohala, Pulau Hawaiʻi | ||||
Kemangkatan | May 8 or 14, 1819 (berumur 82–83) Kamakahonu, Kailua-Kona, Kona, Pulau Hawaʻi | ||||
Pemakaman | diransiakan dalam pulau Hawaiʻi | ||||
Pasangan | (Tidak penuh) Kaʻahumanu Keōpūolani Kalolaa-Kumukoa Peleuli Kalākua Kaheiheimālie Nāmāhāna Piʻia Kahakuhaʻakoi Wahinepio Kekāuluohi Kekikipaʻa Manono II Kānekapōlei | ||||
Anakanda | Liholiho (Kamehameha II) Kauikeaouli (Kamehameha III) Nāhiʻenaʻena Kamāmalu Kīnaʻu (Kaʻahumanu II) Kahōʻanokū Kīnaʻu Kānekapōlei II | ||||
| |||||
Kerabat | Kamehameha | ||||
Ayahanda | Kahekili II/Keōua | ||||
Bonda | Kekuʻiapoiwa II |
Keputeraan
suntingKamehameha diputerakan dengan nama Paiea[1][2] kepada Kekuʻiapoiwa II, anak kakanda Alapainui, raja pulau Hawaii melarikan diri berikutan pembunuhan dua waris Keaweʻīkekahialiʻiokamoku semasa perang saudara yang berlangsung. Banyak sejarawan setuju baginda diputerakan di Ainakea, Kohala, Hawaii.[3] Pentarikhan keputeraan itu pula berbeza dari sumber ke sumber tetapi ia disetujui antara tahun-tahun 1736 atau 1748 dan 1761;[4][5] ia ada didasarkan pemerhatian semasa tertentu seperti kemunculan Komet Halley pada 1758[4] sedangkan ia tidak lama selepas kemangkatan ayahandanya.[6] Kamakau dalam akhbar Ka Nupepa Kuokoa tahun 1867 bahawa baginda raja diputerakan sekitar tahun 1736.[5]
Baginda diceritakan dalam suatu lagenda bahawa baginda terpilih dalam suatu ramalan dibuat para pendeta di mana kononnya pewaris yang bakal menyatukan pulau-pulau ini dapat mengangkat dan mengalihkan suatu bongkah batu gunung berapi besar, iaitu Batu Naha ("Haku Naha") yang kini terletak di Hilo, pulau Hawaii.[7][8]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Noles, Jim (2009). "50". A Pocketful of History: Four Hundred Years of America.
- ^ Foerster, Brien (2013). The Real History Of Hawaii: From Origins To The End Of The Monarchy.
- ^ Alexander 1912, m/s. 7.
- ^ a b Morrison 2003, m/s. 67.
- ^ a b Kuykendall 1965, m/s. 429.
- ^ Tregaskis 1973, m/s. xxi.
- ^ "Naha Stone, Big Island". To Hawaii. Dicapai pada 19 Mei 2017.
- ^ Desha, Stephen; Frazier, Frances N. (2000). Kamehameha and His Warrior Kekūhaupiʻo. Kamehameha Schools Press. m/s. 188. ISBN 978-0873360562. OCLC 44114603.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kamehameha I |