Kalium hidroksida
Kalium hidroksida | |
---|---|
Perkara am | |
Nama lain | Lai potasy |
Formula molekul | KOH |
Jisim molar | 56.11 g/mol |
Rupa | pepejal putih, lembap cair |
Nombor CAS | [1310-58-3] |
Sifat | |
Pemantapan dan fasa | 2.044 g/sm3, pepejal |
Keterlarutan dalam air | 1100 g/L (25 °C) |
Takat lebur | 406 °C |
Takat didih | 1320 °C |
Tekanan wap | 1.3hPa (719 ° C) |
Kebesan (pKb) | 0 |
Bahaya | |
MSDS | MSDS luaran |
Pengelasan EU | Bahan kakis (C) |
NFPA 704 | |
Frasa R | R22, R35 |
Frasa S | S1/2, S26, S36/37/39, S45 |
Takat kilat | Tidak mudah terbakar |
Nombor RTECS | TT2100000 |
Halaman data tambahan | |
Struktur dan sifat | n, εr, dll. |
Data termodinamik | Kelakuan fasar Pepeja, cecair, gas |
Data spektrum | UV, IR, NMR, MS |
Sebatian berkait | |
Anion lain | Kalium oksida Kalium peroksida Kalium superoksida |
Kation lain | Lithium hidroksida Natrium hidroksida Rubidium hidroksida Sesium hidroksida |
Kecuali sebaliknya dikatakan, semua data diberi untuk bahan-bahan dalam keadaan piawai (pada 25 °C, 100 kPa) |
Kalium hidroksida (KOH) ialah sebatian kimia yang merupakan bes logam yang amat beralkali. Sebatian ini kekadang juga dikenali sebagai potasy kaustik, lai potasy, dan kalium hidrat.
Kegunaan
suntingDalam bidang pertanian, kalium hidroksida digunakan untuk membetulkan pH tanah berasid. Sebatian ini juga boleh digunakan sebagai fungisid atau juga herbisid.
Kalium hidroksida ialah salah satu bahan kimia perindustrian utama yang digunakan sebagai bes dalam berbagai-bagai proses kimia, termasuk:
- penyalutan kopolimer ester akrilat
- agen penyahbusaan yang digunakan untuk pengilangan kertas
- minyak-minyak penyabunan untuk sabun cecair
- bahan bantu perumusan untuk makanan
- agen pengawal pH
- damar-damar polietilena
- pemprosesan tekstil
- mangkin untuk tindak-tindak balas seperti pengeluaran biodiesel.
Kegunaan-kegunaan lain termasuk:
- perubatan veterinar: untuk memusnahkan tanduk-tanduk anak lembu yang baru berkembang, dan untuk melarutkan sisik dan bulu;
- perubatan manusia: untuk mendiagnosis jangkitan kulat (sila lihat ujian KOH) dan sebagai pelarut untuk ketuat dan kutikel;
- pengilangan pencuci-pencuci.
Sebatian jenis ini juga digunakan untuk serbuk-serbuk pencuci, sesetengah pembersih gigi palsu, bahan cuci bukan fosfat, serta bahan-bahan pencuci parit atau paip.
Bagi orang biasa, salah satu kegunaan KOH yang amat penting adalah untuk bateri alkali yang menggunakan larutan KOH sebagai elektrolit. Oleh itu, kalium hidroksida membantu membekalkan kuasa untuk lampu suluh, pengesan asap, dan barang-barang kegunaan rumah yang dikuasai oleh bateri. Kalium hidroksida juga merupakan bahan punar tak isotropi untuk silikon (bahan punar ini mendedahkan satah-satah oktahedron). Teknik ini boleh juga mewujudkan piramid dan lubang punaran berbentuk tetap untuk kegunaan seperti MEMS.
Penyediaan makanan
suntingKegunaan-kegunaan lain potasy dalam makanan termasuk:
- pencucian atau pengupasan kimia buah-buahan dan sayur-sayuran
- pemprosesan koko dan coklat
- pengeluaran warna karamel (gula hangus)
- pelecuran ayam itik
- pemprosesan minuman ringan
- pemekatan aiskrim.
Buah zaitun sering direndam dalam larutan lain untuk melembutkannya, manakala pretzel dan lai gulung Jerman disadur dengan larutan lai sebelum dibakar untuk merapuhkan kulit pastrinya.
Lai digunakan untuk membuat makanan istimewa Skandinavia yang dikenali sebagai lutefisk (daripada perkataan lutfisk yang bermaksud "ikan lai"). Ikan kod direndam dalam larutan lai untuk menjadikannya seolah-olah agar-agar, dan dihidang dengan lemak bakon, ubi kentang, sos brunos, serta kacang pis lembik. Jagung lekit ialah isi jagung kering yang dibancuh dalam larutan lai untuk tujuan membuang kulit perikarp dari isirongnya.
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- Untuk daftar pautan luar yang lengkap, sila lihat sumber kimia.