Kalau Hati Ini Rama-Rama
Drama Kalau Hati Ini Rama-Rama ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan di Slot Selekta Prima di TV2. Drama arahan pengarah Izzman Hafiz Izzauddin ini, membuat pengambaran di Bosnia-Herzegovina sekitar sebanyak 50% yang membabitkan sekitar seramai 15 orang. [1]
Kalau Hati Ini Rama-Rama | |
---|---|
Genre | Drama Komedi Cinta |
Pengarah | Izzman Hafiz Izzauddin |
Dibintangi oleh | Iqram Dinzly Yana Samsudin Zarina Zainoordin |
Lagu pembukaan | "Baru" nyanyian Estranged |
Lagu penutup | "Baru" nyanyian Estranged |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 13 Episode. |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | Selasa – Khamis, 9 malam. |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV2 |
Siaran asal | 2 Jun 2015 |
Semasa 24 hari penggambaran, keadaan cuaca di sana yang boleh dikatakan 80 peratus hujan pada masa itu memberi sedikit masalah kecil, tetapi ia dapat diatasi. Drama ini yang terdiri daripada 13 episod turut dibintangi oleh Yana Samsudin, Iqram Dinzly, Zarina Zainoordin dan ramai lagi.
Pelakon
sunting- Yana Samsudin – Nur
- Iqram Dinzly,
- Iskandar Zulkarnain,
- Zarina Zainoordin,
- Norish Karman,
- Hafidzuddin Fazil,
- Syed Ali,
- Qazem Nor,
- Aida Ruyati
- Ann Abdullah
Sinopsis
suntingKalau Hati Ini Rama-Rama mengisahkan Nur (Yana Samsudin) dalam proses mencari kerja di Kuala Lumpur. Namun temuduganya seringkali berdepan kegagalan. Semasa balik dari temuduga, Nur terjumpa sebuah dompet di tandas. Nur berusaha menjejaki siapa empunya pemilik dompet tersebut. Selepas berjaya menghubungi pemilik dompet tersebut, Nur lantas menyerahkan dompet tersebut kepada tuan punya badan iaitu Puan Munirah Arshad. Puan Munirah merupakan isteri kepada Zubir dan juga ibu kepada Iskandar.
Melihat ketulusan hati anak gadis tersebut, Puan Munirah bercadang mengambil Nur sebagai pekerja di hotel mereka. Ketika itu, anak Puan Munirah iaitu Iskandar telah berpisah dengan tunangnya, Vee. Vee, seorang dramatis terkenal didakwa ada menjalankan hubungan sulit dengan pelakon lain dan kini sedang heboh di dada media. Iskandar yang kecewa meminta ibunya mencarikan jodoh dalam masa yang terdekat dengan niat untuk mengajar Vee.
Munirah yang suka akan keperibadian Nur, memilih Nur sebagai calon menantunya. Sebuah perkahwinan diatur antara Nur dan Iskandar. Mendengar berita bekas tunangnya bakal berkahwin, Vee naik angin dan berusaha rapat kembali dengan Iskandar.
Ibu mertuanya menghantar Nur dan suaminya ke Bosnia untuk menguruskan sebuah hotel di sana. Sambil dibantu oleh sepupu Iskandar iaitu Emir. Bermulalah insiden istimewa di antara mereka.
Rujukan
sunting- ^ "Kalau Hati Ini Rama-Rama: Ambil inspirasi keindahan Bosnia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-08. Dicapai pada 2017-03-07.