Kakaktua Hitam Berkilat
Kakaktua Hitam Berkilat (Calyptorhynchus lathami) juga dikenali sebagai Kakaktua Hitam Kasuarina (bersempena nama salah satu makanan kegemaran burung ini), merupakan anggota terkecil di dalam subkeluarrga Calyptorhynchinae yang berasal dari Australia. Kakaktua Hitam Berkilat dewasa mungkin mencapai 50 sm (20 in) ukuran panjangnya. Kakaktua ini mempunyai dimorfisme seks. Burung jantan memiliki warna hitam sepenuhnya, kecuali bahagian ekornya yang berwarna merah; manakala burung betina memiliki warna perang gelap dan berbintik kuning. Terdapat tiga subspesies yang diakui.
Kakaktua Hitam Berkilat | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Superkeluarga: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | |
Subgenus: | Calyptorhynchus
|
Spesies: | C. lathami
|
Nama binomial | |
Calyptorhynchus lathami Temminck, 1807
| |
Subspesies | |
C. (C.) l. lathami | |
Taburan Kakaktua Hitam Berkilat (warna merah) |
Subspesies
suntingTerdapat tiga subspesies yang telah dicadangkan oleh Schodde et al. pada tahun 1993,[2] meskipun seorang pakar parrot, Joseph Forshaw agak keberatan untuk bersetuju disebabkan perbezaan yang sangat kecil antara ketiga-tiganya.[3]
- C. l. lathami: (Terancam) Subspesies dari timur yang boleh ditemui di antara tenggara Queensland dan Mallacoota di Victoria, dengan ruang terasing di Eungella di tengah Queensland dan Riverina dan hutan Pilliga.[4] Ia berkait rapat dengan tanah hutan kasuarina.
- C. l. erebus: Didapati di tengah Queensland.[2]
- C. l. halmaturinus: (Terancam) Subspesies Pulau Kangaroo telah disenaraikan oleh kerajaan Australia sebagai terancam. Terhad di bahagian utara dan barat pulau, populasinya mungkin serendah 100 ekor. Ia bergantung pada Drooping She-oak (Allocasuarina verticillata) dan "Sugar Gum" (Eucalyptus cladocalyx)[5]
Rujukan
sunting- ^ BirdLife International (2012). "Calyptorhynchus lathami". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ a b Schodde R, Mason IJ & Wood JT. (1993). Geographical differentiation in the Glossy Black Cockatoo Calyptorhynchus lathami (Temminck), and its history. Emu 93: 156-166
- ^ Forshaw, Joseph M. & Cooper, William T. (2002): Australian Parrots (3rd ed). Press, Willoughby, Australia. ISBN 0-9581212-0-6
- ^ Blakers M, Davies SJJF, Reilly PN (1984) The Atlas of Australian Birds. RAOU and Melbourne University press, Melbourne.
- ^ Joseph L (1982) The Glossy Black Cockatoo on Kangaroo Island Emu 82 46-49
Petikan teks
sunting- Cameron, Matt (2008). Cockatoos (ed. 1). Collingwood, Victoria: CSIRO Publishing. ISBN 0-643-09232-3.
- Forshaw, Joseph M; William T. Cooper (2002). Australian Parrots (ed. 3rd). Robina: Alexander Editions. ISBN 0-9581212-0-6.
- Flegg, Jim. Birds of Australia: Photographic Field Guide Sydney: Reed New Holland, 2002. (ISBN 1-876334-78-9)
- Garnett, S. (1993) Threatened and Extinct Birds Of Australia. RAOU. National Library, Canberra. ISSN 0812-8014
Pautan luar
sunting- World Parrot Trust Parrot Encyclopedia - Species Profiles
- Threatened species and ecological communities Diarkibkan 2006-12-08 di Wayback Machine
- GlossyBlackCockatoo.com Diarkibkan 2010-03-28 di Wayback Machine
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kakaktua Hitam Berkilat |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Kakaktua Hitam Berkilat |