Kaiju

(Dilencongkan daripada Kaijuu)

Kaiju (怪獣, kaijuu) merupakan perkataan Jepun yang bermaksud "haiwan ganjil" tetapi digunakan bagi membawa maksud "raksasa". Secara khususnya, ia sering ditampilkan dalam siri-siri tokusatsu popular.

Daikaiju (Raksasa gergasi) Godzilla dari filem 1954 Godzilla, salah satu filem Jepun yang menampilkan raksasa gergasi.
Kaijin (raksasa humanoid) separuh manusia dari filem 1955 Half Human.

Kaiju paling terkenal ialah Godzilla, serta Thora.

Konsep

sunting

Kaiju biasanya direka berasaskan haiwan, serangga ataupun makhluk mitos biasa; walau bagaimanapun, terdapat juga contoh yang lebih eksotik. Choujin Sentai Jetman menampilkan raksasa berasaskan lampu isyarat, pili air serta tomato;[1] Kamen Rider Super-1 turut menampilkan segerombolan raksasa yang berasaskan objek peralatan rumah seperti payung dan tangga.[2]

Sementara istilah kaiju biasanya merujuk khusus kepada raksasa dalam siri tokusatsu serta cerita dongeng Jepun, makhluk-makhluk seperti pontianak, serigala jadian, raksasa Frankenstein, mumia dan jerangkung turut dikategorikan sebagai kaiju. Malah, raksasa Frankenstein pernah ditampilkan sebagai daikaiju dalam filem Frankenstein Conquers the World, keluaran Toho.

Kaiju juga ada kalanya ditakrifkan sebagai mewakili kuasa jahat. Sesetengah kaiju merupakan pahlawan elit yang berkhidmat sebagai orang kanan kepada musuh utama dan dimusnahkan oleh watak adiwira. Selebihnya pula tidak berpihak kepada mana-mana dan hanya sekadar memusnahkan bangunan serta struktur lain. Semasa era terawal tokusatsu, raksasa "wira" jarang kelihatan dalam filem-filem Daikaiju Eiga, sehinggalah suatu masa kemudian semasa syarikat penerbitan tokusatsu televisyen mula menggunakan kaiju sebagai pembantu wira, menyelamatkan orang awam, serta menunjukkan beberapa jenis personaliti kompleks. Watak kaiju sedemikian mempunyai tingkah laku yang sama seperti raksasa klasik, serrta muncul sebagai "makhluk yang disalah erti". Sesetengah kaiju turut melepak bersama-sama wira serta menampilkan kesan komedi, bertentangan dengan pendekatan lebih gelap kepada watak tersebut dari siri francais yang lebih matang, seperti Siri Kamen Rider. Godzilla, dikatakan sebagai Daikaiju paling terkenal, sudah berlakon watak wira, penjahat, serta kuasa alam sepanjang kewujudannya, menjadikannya salah satu daripada sebilangan kecil kaiju yang ditampilkan dalam pelbagai peranan serta menunjukkan reaksi dalam pelbagai cara berbeza, bergantung kepada bagaimana makhluk tersebut dipersembahkan di dalam filem.

Contoh kaiju

sunting

Pencipta filem kaiju

sunting

Filem kaiju utama

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Most of the Monsters of Jetman". Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-07-07. Dicapai pada 2011-04-17.
  2. ^ "Kamen Rider Super-1". Igadevil.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-08. Dicapai pada 2011-04-17.