Kahat
Kahat ialah sebuah bencana yang melanda sesuatu kawasan yang menyebabkan kekurangan makanan,[1] disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah peperangan, inflasi, tanaman tidak menjadi, ketidakseimbangan penduduk, malah juga kerana dasar kerajaan. Bencana ini selalunya diberikuti atau disertai malnutrisi, kebuluran, wabak, dan peningkatan pada kadar kematian. Setiap benua yang didiami pernah melalui kahat dari segi sejarah. Dalam abad ke-19 dan ke-20, kahat meragut paling ramai nyawa di rantau Asia Selatan dan Asia Tenggara, juga Eropah Timur dan Tengah. Kadar kematian disebabkan kahat turun mendadak menjelang 2000-an.
Beberapa negara, terutama sekali di rantau Afrika sub-Sahara, masih lagi mengalami kahat yang melampau. Sejak 2010, Afrikalah benua yang paling dijejas di dunia akibat kahat. Menjelang 2017, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan amaran kepada 20 milion orang yang diancam kahat di Sudan Selatan, Somalia, Nigeria dan Yaman. Keadaan pertanian asyik berubah-ubah kerana perubahan cuaca, dan pengagihan makanan terjejas disebabkan peperangan dan konflik. Kebanyakan program kini menyumbang pertolongan kepada Afrika.
Takrifan
suntingMenurut kriteria kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, walaupun ada kehadiran kekurangan bekalan makanan dengan ramai bilangan orang yang mengalami kekurangan zat, kahat hanya akan diisytiharkan apabila tahap kematian, malnutrisi dan kebuluran tertentu dicapai. Kriterianya ialah:
- Sekurang-kurangnya 20% rumah tangga di satu kawasan menghadapi kekurangan makanan yang melampau dengan keupayaan terhad untuk mengatasinya
- Kekerapan malnutrisi mendadak pada kanak-kanak mencecah 30%
- Kadar kematian melebihi dua orang dalam setiap 10,000 orang dalam sehari
Pengisytiharan kahat tidak akan mengikat apa-apa kewajipan terhadap PBB tidak pun anggota-anggota, tetapi ia berkhidmat sebagai penarik tumpuan dunia terhadap masalah tersebut.[2]
Sejarah
suntingKitaran berlakunya kahat ialah tulang belakang bagi masyarakat yang menggunakan pertanian sara diri sejak awal zaman lagi. Kekerapan dan kedahsyatan kahat berubah-ubah dalam sejarah, bergantung kepada keperluan makanan, seperti pertumbuhan penduduk, dan perubahan hasil makanan disebabkan perubahan iklim. Kahat disingkirkan di Holland dan England semasa abad ke-17, disebabkan pengkomersialan pertanian dan pelaksanaan teknik yang lebih elok untuk meningkatkan hasil tanaman.
Pemerosotan kadar kahat
suntingDalam abad ke-16 dan ke-17, sistem feudal mula berkecai, dan petani yang mempunyai wang mula memagar tanah mereka dan tingkatkan hasil tanaman, dan jual stok lebihan di pasar untuk mendapat untung. Pemilik tanah bersifat kapitalis ini membayar pekerja mereka dengan wang, dan dengan itu meningkatkan pengkomersialan masyarakat pedalaman. Dalam situasi ini, teknik yang lebih baik untuk meningkatkan produktiviti buruh semakin bernilai dan berharga. Ia amat penting bagi petani untuk hasilkan sebanyak hasil yang mungkin untuk dapat memenuhi permintaan produk dan jualnya ke kawasan lain. Petani jamin untuk hasilkan lebihan hasil setiap tahun jika mereka boleh.
Para petani sara hidup juga semakin dipaksa untuk komersialkan kegiatan mereka kerana kenaikan cukai. Cukai yang kena dibayar kepada kerajaan pusat secara tunai mendesak petani untuk jual hasil tanaman mereka. Kadang-kadang mereka keluarkan tanaman industri, tetapi mereka akan mencari cara untuk tingkatkan pengeluaran mereka untuk memenuhi kedua-dua keperluan sara hidup mereka serta kewajipan cukai mereka. Petani juga gunakan duit itu untuk membeli barang pembuatan. Perkembangan pertanian dan sosial yang menggalakkan peningkatan pengeluaran makanan secara beransur-ansur berlaku sepanjang abad ke-16, tetapi menjadi popular pada awal abad ke-17.
Menjelang 1590-an, perkara ini telah cukup dibangunkan di wilayah Holland yang kaya untuk membolehkan penduduknya bertahan menghadapi kebuluran umum di Eropah Barat pada masa itu. Pada masa itu, Belanda mempunyai salah satu sistem pertanian yang paling komersial di Eropah. Mereka hasilkan pelbagai jenis tanaman industri seperti flaks, hem dan hop untuk tali dan arak. Pertanian menjadi semakin khusus dan efisien. Kecekapan pertanian Belanda membenarkan pembandaran menjadi lebih pesat pada abad keenam belas dan awal abad ketujuh belas berbanding tempat lain di Eropah. Oleh kerana itu, produktiviti dan kekayaan meningkat, membenarkan Belanda untuk mengekalkan bekalan makanan.[3]
Menjelang 1650, pertanian Inggeris telah dimajukan secara besar-besaran. Kahat terakhir England yang berlaku semasa keamanan adalah pada 1623–24. Masih terdapat masa kebuluran, seperti juga di Belanda, tetapi tidak ada lagi kahat yang pernah terjadi. Tanah yang digunakan untuk padang ragut dipagarkan untuk kegunaan sendiri, dan ladang yang efisien dan besar disatukan. Kemajuan teknologi lain juga disertai penyaluran keluar air rawang, turutan bersilih ganti pada tanaman, dan peningkatan terhadap pertanian tanaman industri. Kemajuan petanian ini menyebabkan kejayaan kepada England dan pembandaran yang lebih pesat.[4] Pada hujung abad ke-17, petanian Inggeris merupakan petanian yang paling produktif di Eropah.[5] Di kedua-dua England dan Belanda, bilangan penduduk mula menstabil di antara 1650 dan 1750, di mana perubahan pada petanian juga berlaku. Kahat masih berlaku di kawasan Europe lain walaupun demikian. Di Eropah Timur, kahat berlaku selewat abad ke-20.
Nota kaki
suntingRujukan
sunting- ^ Kelly, James (May 1992). "Scarcity and Poor Relief in Eighteenth-Century Ireland: The Subsistence Crisis of 1782–4". Irish Historical Studiesvolume=28. Cambridge University Press: 38–62. JSTOR 30008004.
- ^ "South Sudan declares famine in Unity State". BBC News. 20 February 2017. Dicapai pada 20 February 2017.
- ^ Bieleman, Jan. "Dutch Agriculture in the Golden Age, 1570–1660" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 April 2010. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Curtler, W.H.R. "ch. 11". A Short History of English Agriculture. Etusevi Company.
- ^ Burns, William E. (2001). The Scientific Revolution: An Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 7.