Kad Oyster
Kad Oyster merupakan sejenis pembayaran elektronik yang digunakan dalam pembayaran tambang perkhidmatan awam di dalam kawasan London Raya. Penggunaannya dikuatkuasakan oleh Transport for London dalam perkhidmatan kereta api Underground dan Overground, Docklands Light Railway, bas-bas London, perkhidmatan kapal di Sungai Thames, Tramlink, dan beberapa perkhidmatan terhad di National Rail yang tertakluk dalam zon tambang London.[1]
Tempat kegunaan | Greater London |
---|---|
Tahun pelancaran | 2003 |
Teknologi | MIFARE |
Pengendali | TranSys |
Mata wang | GBP (maksimum £90) |
Nilai tersimpan | Pay as you go |
Tambah nilai automatik | Auto-topup |
Perkhidmatan sah | London Underground |
DLR | |
Bas-bas London | |
London Overground | |
National Rail | |
Jualan runcit | Dalam talian |
Telefon | |
Wakil penjual akhbar | |
Stesen | |
Varian | Freedom Pass |
Diskaun | |
Pelawat | |
Laman web | https://oyster.tfl.gov.uk/ |
Suatu kad Oyster mempunyai saiz kad kredit biasa yang mampu menyimpan nilai. Kad ini yang merupakan kad pintar boleh memuatkan pelbagai jenis pas tambang seperti tiket perjalanan sehala, pas berkala dan permit perjalanan. Pengguna mestilah menyentuh kad pada pembacanya ketika keluar masuk stesen atau ketika memasuki mana-mana bas.
Ciri-ciri
suntingPendaftaran dan perlindungan
suntingKad Oyster wajib didaftarkan untuk pembelian permit perjalanan dalam jangka masa sebulan dan ke atas.[2] Namun begitu, kad Oyster tidak perlu didaftarkan sekiranya digunakan semata-mata sebagai perkhidmatan bayar sambil lalu, dan juga penggunaan permit bas dan trem sahaja untuk tempoh seminggu.[2] Kad Oyster ini boleh didaftarkan:
- di mana-mana stesen London Underground, London Overground dan sesetengah stesen perkhidmatan National Rail
- pusat jualan kad Oyster secara runcit
- Pusat Maklumat Perjalanan
dengan mengisi borang pendaftaran kad Oyster[2] yang disediakan oleh Transport of London.
Apabila kad Oyster telah didaftarkan, sekiranya kad itu hilang atau dicuri, maka kad dapat diganti dan kredit atau permit perjalanan yang ada dapat dikembalikan.[2] Perlindungan terhadap kecurian dan kehilangan kad ini juga dapat dibuat menerusi Internet.[2]
Jualan kad
suntingTerdapat beberapa cara untuk mendapatkan kad Oyster, antaranya;
- kaunter tiket stesen London Underground, London Overground
- mesin tambah nilai kad Oyster
- mesin pendispens kad layan diri
- beberapa stesen perkhidmatan National Rail[3]
Penggunaan yang disahkan
sunting
= Heathrow Connect: Tidak sah untuk perjalanan antara Hayes and Harlington dan lapangan terbang Heathrow.[4]
= Southeastern High Speed: Sekiranya Travelcard mempunyai permit Plus High Speed atau Any Permitted + HS.[4]
= Perkhidmatan Susur Sungai: Kredit prabayar hanya sah bagi perkhidmatan Thames Clipper; Travelcards membolehkan pemberian diskaun, tidak sah untuk penggunaan perkhidmatan ini.[5]
! = mewajibkan perjalanan dalam Zon 3,4,5 or 6
Rujukan
sunting- ^ "Getting around with Oyster" (PDF). Transport for London. Dicapai pada 25 Januari 2011.
|first=
missing|last=
(bantuan)CS1 maint: numeric names: authors list (link) - ^ a b c d e Transport of London. "What is Oyster?". Dicapai pada 29 Julai 2011.
- ^ "Stations, trams and bus stops".
- ^ a b "National Rail Enquiries - Travelcards and Oyster". 2011. Dicapai pada 29 Julai 2011.
- ^ "Oyster pay as you go - Clippers". 2011. Dicapai pada 29 Julai 2011.[pautan mati kekal]
Lihat juga
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kad Oyster |