Kabinet Rahman keempat

kabinet menteri di Malaysia 1964-1969

Kabinet Rahman Keempat merupakan senarai anggota badan eksekutif ke-4 pimpinan Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman yang dibentuk selepas pilihan raya umum Malaysia 1969. Pentadbiran di bawah kabinet ini tergantung berikutan peristiwa 13 Mei diikuti penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Komposisi kabinet dikekalkan walaupun parlimen telah digantung oleh Tunku Abdul Rahman. MAGERAN diterajui oleh Tun Abdul Razak bersama-sama dengan rakan seperjuangan yang lain yang berkhidmat di dalam kabinet ini.

Kabinet Rahman IV

Kabinet Malaysia Ke-4
Tarikh dibentuk21 Mei 1969
Tarikh dibubarkan22 September 1970
Orang dan pertubuhan
Ketua negaraSultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al-Marhum Sultan Haji Zainal Abidin III Mu’azzam Shah (1969–1970)
Ketua kerajaanTunku Abdul Rahman
Parti anggotaParti Perikatan (Semenanjung)

Parti Perikatan Sarawak

Parti Perikatan Sabah

Status dalam badan perundanganUMNO memimpin kerajaan majoriti
Parti pembangkang
Ketua pembangkangkosong
Sejarah
Pilihan rayaPilihan raya umum Malaysia 1969
Penggal dalam badan perundanganParlimen Malaysia ke-3
Belanjawan1970
PendahuluKabinet Rahman ketiga
PenggantiKabinet Razak pertama

Anggota kabinet

sunting

Berikut merupakan senarai anggota Kabinet 1969[1]:

Portfolio Nama Parti Wakil Rakyat
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman MP UMNO Kuala Kedah
Timbalan Perdana Menteri Abdul Razak Hussein MP UMNO Pekan
Menteri Penuh
Menteri Luar Tunku Abdul Rahman MP UMNO Kuala Kedah
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
Pemangku Menteri Kewangan Abdul Razak Hussein MP UMNO Pekan
Menteri Pertahanan
Menteri Dalam Negeri Ismail Abdul Rahman MP UMNO Johor Timor
Menteri Pelajaran Abdul Rahman Ya'kub MP Bumiputera Payang
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Mohamed Khir Johari MP UMNO Kedah Tengah
Pemangku Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar Ghafar Baba MP UMNO Melaka Utara
Menteri Tanah dan Galian
Menteri Penerangan dan Penyiaran Hamzah Abu Samah MP UMNO Raub
Menteri Kesihatan Sardon Jubir MP UMNO Pontian Utara
Menteri Buruh V. Manickavasagam MP MIC Klang
Pemangku Menteri Pengangkutan
Menteri Kebajikan Am Fatimah Hashim MP UMNO Jitra–Padang Terap
Menteri Kerja Raya, Pos dan Talikom V. T. Sambanthan MP MIC Sungei Siput
Menteri Pertanian dan Kerjasama Mohamed Ghazali Jawi MP UMNO Kuala Kangsar
Menteri Kehakiman Malaysia Abdul Ghani Gilong MP USNO Kinabalu
Menteri Hal Ehwal Sarawak Temenggong Jugah Barieng MP Pesaka Ulu Rajang
Menteri Tugas-tugas Khas Tan Siew Sin MP MCA Melaka Tengah
Khaw Kai Boh MP MCA Ulu Selangor
Lee Siok Yew MCA Sepang
Menteri Muda
Menteri Muda Pertahanan Musa Hitam UMNO Segamat Utara
Menteri Muda Kewangan Ali Ahmad UMNO Pontian Selatan
Menteri Muda Kebudayaan, Belia dan Sukan Engku Muhsein Abdul Kadir UMNO Terengganu Tengah
Menteri Muda Perdagangan dan Perusahaan Abdul Taib Mahmud Bumiputera Samarahan
Menteri Muda Pembangunan Negara dan Luar Bandar Abdul Samad Idris UMNO Kuala Pilah
Menteri Muda Tugas-tugas Khas Lee San Choon MCA Segamat Selatan

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Tengku pileh Kabinet baru". Berita Harian. 21 Mei 1969. m/s. 1. Dicapai pada 30 Jun 2021 – melalui NewspaperSG.