Kabinet Presiden ialah kabinet pertama yang dibentuk di Indonesia selepas Pengisytiharan Kemerdekaan pada 17 Ogos 1945. Kabinet pertama ini wujud hanya pada nama sahaja dan tidak melaksanakan sebarang pembangunan mahupun pemerintahan. Kabinet pertama ini dinamakan "presiden" kerana selepas kemerdekaan, Indonesia mengamalkan sistem presiden, dengan Presiden Indonesia berfungsi sebagai Ketua Negara dan sekaligus Ketua Pemerintahan.

Kabinet Presiden
(sumber: foto-foto.com)

Susunan kabinet

sunting

Lama: 19 Ogos 194514 November 1945


No. Jawatan Nama Menteri
1 Menteri Luar Negeri Achmad Soebardjo
2 Menteri Dalam Negeri R.A.A. Wiranatakoesoema
3 Timbalan Menteri Dalam Negeri Harmani
4 Menteri Keamanan Rakyat 1
5 Menteri Keamanan Rakyat (ad interim) Soeljadikoesoemo
6 Menteri Kehakiman Prof. Dr. Soepomo
7 Menteri Penerangan Amir Sjarifuddin
8 Timbalan Menteri Penerangan Ali Sastroamidjojo
9 Menteri Kewangan Dr. Samsi 2
10 Menteri Kemakmuran Ir. Soerachman Tjokroadisoerjo
11 Menteri Perhubungan Abikoesno Tjokrosoejoso
12 Menteri Kerja Raya Abikoesno Tjokrosoejoso
13 Menteri Sosial Iwa Koesoemasoemantri
14 Menteri Pengajaran Ki Hadjar Dewantara
15 Menteri Kesihatan Dr. Boentaran Martoatmodjo
16 Menteri Negara Mr. Amir
17 Menteri Negara Wahid Hasjim
18 Menteri Negara Mr. Sartono
19 Menteri Negara 3 A. A. Maramis 4
20 Menteri Negara Otto Iskandardinata


Program Kabinet: Program Kabinet tak pernah diumumkan.

Catatan:

  1. Tidak adanya Menteri Keamanan Rakyat dalam Kabinet ini kerana Soeprijadi yang dilantik sebagai Menteri Keamanan Rakyat tidak pernah melakukan dan tidak pernah menyatakan penerimaan pelantikan tersebut. Pada 20 Oktober 1945, Soeljadikoesoemo dilantik sebagai Menteri Keamanan Rakyat ad interim.
  2. Berhenti pada 26 September 1945, dan digantikan oleh A.A. Maramis.
  3. Jawatan ini ditiadakan (tidak diisi) bersama-sama pelantikan A.A. Maramis sebagai Menteri Kewangan.
  4. Menjawat Menteri Kewangan pada 25 September 1945.
  5. Parti-parti politik ketika itu belum dibentuk lagi.


Sumber: Berdasarkan 'Susunan Kabinet Republik Indonesia', Manggala BP-7 Pusat, 1985,  antara lain.

Lihat juga

sunting