KRI Teluk Hading merupakan kapal perang milik tentera laut Indonesia dari kelas Frosch eks Jerman Timur.

KRI Teluk Hading
Sejarah
Jerman Timur
Nama: Cottbus
Bersempena dengan: Cottbus
Pembina: VEB Peenewerft, Wolgast
Nombor limbungan: 338
Dibaringkan: 22 November 1976
Dilancarkan: 10 Jun 1977
Ditauliah: 26 Mei 1978
Dibersarakan: 2 Oktober 1990
Pengenalan: Nombor panji: 634, 614
Takdir: Dijual ke Indonesia pada 1993
Indonesia
Nama: Teluk Hading
Bersempena dengan: Teluk Hading, Kabupaten Flores Timur
Diperolehi: 25 Ogos 1993
Ditauliah: 12 Julai 1994
Pengenalan: Nombor panji: 538
Moto:
  • Bramantya lan Mada ing Arnawa
  • (Jawa: Bersemangat dan Gagah di Samudera)[1]
Status: Aktif
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Frosch-kelas kapal pendarat
Sesaran: 1,950 long ton (1,980 t)
Panjang: 98 m (321 ka 6 in)
Lunas: 11.1 m (36 ka 5 in)
Draught: 2.8 m (9.2 ka)
Installed power: 5,000 hp (3.7 MW)
Jana kuasa:
  • 2 x enjin diesel
  • 2 x syaf
Halaju: 18 knot (33 km/j; 21 mph)
Kapasiti: 11 kereta kebal amfibia atau 400–600 tan kargo
Trup: 1 kompeni marin
Anak kapal: 46
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar navigasi jalur I TSR-333
  • Radar udara/permukaan jaliur F MR-302 Strut Curve
Peperangan elektronik
& pengumpan:
2 x pelancar sekam PK-16
Persenjataan:

Kapal KRI Teluk Hading (538) milik Indonesia merupakan kapal perbekalan/logistik milik tentera laut Indonesia. KRI Teluk Hading memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Teluk Hading dibina oleh VEB Peenewerft, Wolgast, Jerman Timur. Ia dilancarkan pada 1978.

KRI Teluk Hading pada asalnya merupakan kapal pendarat serdahana jenis 108, kelas 'Frosch-I' (614) milik Jerman Timur. Ia telah diubahsuai dengan pembuangan persenjataan untuk dijadikan sebagai kapal perbekalan/logistik dan diletakkan dalam angkatan PAC pada 1994. Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KRI Teluk Hading adalah KRI Teluk Gilimanuk, KRI Teluk Celukan Bawang, KRI Teluk Cendrawasih, KRI Teluk Berau, KRI Teluk Peleng, KRI Teluk Sibolga, KRI Teluk Manado, KRI Teluk Parigi, KRI Teluk Lampung, KRI Teluk Jakarta, KRI Teluk Sangkulirang, KRI Teluk Sirebon, dan KRI Teluk Sabang.

Kapal KRI Teluk Hading sepanjang 90.70meter; 11.12meter * 3.4meter ( 297.6kaki panjang * 36.5kaki * 11.2kaki) mempunyai kelajuan beroperasi 18 knot. KRI Teluk Hading mempunyai seseran 1,900 tan penuh dengan 600 tan kargo.

KRI Teluk Hading mempunyai 42 orang anak kapal termasuk pegawai. Selain itu ia mampu membawa muatan kargo antara 400-600 tan ataupun digunakan bagi membawa tentera.

Persenjataan

sunting

KRI Teluk Hading dilengkapi dengan dua meriam 37 mm, satu daripadanya berkembar. Meriam ini menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang.

KRI Teluk Hading memiliki radar pengesan permukaan dan udara MR-302/Strut Curve. Radar tersebut merupakan radar pengawas yang berupaya memberikan carian radar dan amaran ancaman awal. Radar tersebut memberikan pengesanan pencari sasaran di udara dan permukaan bersepadu dan beroperasi dalam trek ketika mod pengawas "scan mode".

Tujahan

sunting

Kapal KRI Teluk Hading mempunyai dia enjin disel dengan 2 gandar yang mampu menghasilkan 12,000 bhp dengan kelajuan 18 knot.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Mengenal KRI Teluk Hading 538" (dalam bahasa Indonesia). Kolinlamil Official Account on Instagram. 19 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2023. Dicapai pada 12 June 2023.

Pautan luar

sunting