KL Gangster (siri filem)

KL Gangster merupakan sebuah siri filem berkaitan dengan Malek, seorang bekas ketua gangster di Kuala Lumpur. Siri filem yang dihasilkan oleh Skop Productions ini terdiri dari filem KL Gangster (2011), KL Gangster 2 (2013). Siri utama diarahkan oleh Syamsul Yusof Kesemua filem telah diterbitkan oleh Datuk Yusof Haslam. Syamsul Yusof dan Zizan Razak pula telah membintangi dalam kesemua filem ini.

KL Gangster
Logo siri filem KL Gangster
PengarahSyamsul Yusof
PenulisSyamsul Yusof
Dihasilkan olehDatuk Yusof Haslam
Tengku Iesta Tengku Alaudin
SinematografiOmar Ismail
Syamsul Yusof
Disunting olehHisham Jupri
Syamsul Yusof
Muzik olehHafiz Hamidun
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
Masa tayangan
196 minit (semua 2 filem)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 6.02 juta
Pecah panggungRM 16.70 juta

Siri filem ini merupakan siri filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, dengan kesemua filem didalam siri ini antara filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.Filem KL Gangster merupakan filem buatan Malaysia pertama yang mencecah takat kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan[1] dan mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama tiga tahun.

Kronologi cerita KL Gangster

KL Gangster 2 (2013)
Abang Long Fadil (2014)
Rise To Power: KLGU (2019)
KL Gangster (2011)
KL Gangster: Underworld (2018)
KL Gangster: Underworld 2 (2020)
Abang Long Fadil 2 (2017)
Abang Long Fadil 3 (2022)

KL Gangster (2011)

sunting

KL Gangster merupakan sebuah filem genre aksi yang ditayangkan pada 9 Jun 2011. Filem arahan Pengarah Terbaik FFM 23, Syamsul Yusof, ini turut dibintangi oleh pengarahnya sendiri, Dato' Aaron Aziz, Dato' Adi Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak ini menceritakan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari penjara, ingin mengubah kehidupannya.[2]

KL Gangster 2 (2013)

sunting

KL Gangster 2 ialah sebuah filem aksi yang ditayangkan pada 3 Oktober 2013 dan diarahkan oleh Syamsul Yusof serta dibintangi oleh Dato' Aaron Aziz, Dato' Adi Putra, Soffi Jikan, Syamsul Yusof dan Datuk Rosyam Nor. KL Gangster 2 merupakan filem prekuel kepada filem KL Gangster (2011). Filem ini menelan kos penerbitan sebanyak RM4.5 juta. Filem ini telah memenangi dua dari tujuh pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-26.[3]

Rise to Power: KLGU (2019)

sunting

Tenaga kerja

sunting

Pelakon

sunting
Watak Filem
KL Gangster
(2011)
KL Gangster 2
(2013)
Rise to Power: KLGU
(2019)
Malik Aaron Aziz
Shark Syamsul Yusof
Jai Adi Putra
Ajib Soffi Jikan
Fadil Zizan Razak
King Ridzuan Hashim
Dragon Adam Corrie
Mak Ku Faridah
Zati Sheera Iskandar
Tailong Rosyam Nor
Susan Angeline Tan
Madam Wong Dynas Mokhtar
Ayah Zan Hasnul Rahmat
Jason Chong Elvis Chin
Che Mi Tony Eusoff
Dato' Francis Tan Chew Kin Wah
Tok Mat Rahim Razali
Liyanna Sharifah Sakinah
Danny Hon Kahoe
Eugene Tan Calvin Wong
Mus Rimau Hushairy Hussein
Shah Beto Kusyairy
Adi Zahiril Adzim
Belut Amerul Affendi
Tauke Azhan Rani
Catatan : Sel kelabu terang menunjukkan watak tersebut tidak muncul dalam filem.
Kru Filem
KL Gangster
(2011)
KL Gangster 2
(2013)
Rise to Power: KLGU
(2019)
Pengarah Syamsul Yusof Faisal Ishak
Syafiq Yusof
Penerbit Yusof Haslam Yusof Haslam
Tengku Iesta Tengku Alaudin
Yusof Haslam
Syamin Yusof
Mark Francis
Anthony Buncio
Zebedee de Costa
Penulis Syamsul Yusof
Rizal Ashreff
Nazri M. Annuar
Sinematografi Azami Alias
Omar Ismail
Azami Alias
Indra Che Muda
Penyunting Syamsul Yusof
Hisham Jupri
Chulat
Syarikat penerbitan Skop Productions Skop Productions
Grand Brilliance
Skop Productions
iflix
Tarikh keluaran 9 Jun 2011 3 Oktober 2013 19 September 2019
Tempoh masa 81 minit 115 minit 96 minit

Televisyen

sunting

KL Gangster: Underworld

sunting

Sebuah siri TV terbitan turunan telah diumumkan pada Disember 2017, telah diterbitkan untuk siaran di rangkaian perkhdmatan video atas permintaan, iflix dan bakal diarahkan oleh Syafiq Yusof.[4] Drama bersiri enam episod ini turut diarahkan bersama oleh Faisal Ishak dan memulakan tayangan perdana di iflix pada Ogos 2018.[5][6]

Sambutan

sunting
Filem Tarikh tayangan Kutipan Bajet
KL Gangster 9 Jun 2011 RM 11.74 juta RM 1.51 juta
KL Gangster 2 3 Oktober 2013 RM 4.96 juta RM 4.51 juta
Jumlah RM 16.7 Juta RM 6.02 Juta

Anugerah

sunting
Festival Filem Malaysia
Anugerah KL Gangster KL Gangster 2
Filem Terbaik Pencalonan
Pengarah Terbaik Menang (Syamsul Yusof) Pencalonan
Pelakon Lelaki Terbaik Pencalonan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Menang (Soffi Jikan) Menang (Datuk Rosyam Nor)
Lakon Layar Terbaik Menang (Syamsul Yusof) Pencalonan
Cerita Asal Terbaik Pencalonan
Penyunting Terbaik Menang (Syamsul Yusof) Pencalonan
Skor Muzik Asal Terbaik Pencalonan
Penataan Bunyi Terbaik Menang (Hisyam Jupri & Rizal Ashreff) Menang (Syamsul Yusof & Hisyam Jupri)
Penataan Seni Terbaik Pencalonan
Pereka Kostum/Busana Terbaik Pencalonan

Rujukan

sunting
  1. ^ RM10.3 juta untuk KL Gangster Diarkibkan 2011-06-23 di Wayback Machine, Berita Harian Online, 21 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  2. ^ "KL Gangster memang terbaik". Utusan Malaysia. 19 Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-14. Dicapai pada 14 Mac 2015.
  3. ^ Feride Hikmet Atak (4 Oktober 2013). KL Gangster 2' Filem Termahal Arahan Syamsul Setaraf Hollywood Diarkibkan 2018-04-12 di Wayback Machine mSTAR Online. Diperoleh pada 14 Mac 2014.
  4. ^ Ashraff Naseer (6 Disember 2017). "Syafiq Yusof bakal mengarahkan KL Gangster: Underworld untuk iflix". Cinema.com.my. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  5. ^ "'KL Gangster' series in the works for iflix's 2018 original programme slate". The Malay Mail. 6 Disember 2017. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  6. ^ "iflix commissions first Malaysian original drama series Kl Gangster: Underworld". Digital News Asia. 6 Disember 2017. Dicapai pada 12 April 2018.