KITA (Saluran Pop-up TV)

INILAH KITA (digayakan pada logo sebagai KITA) ialah saluran Pop-Up yang menyiarkan rancangan dokumentari, filem, animasi, hiburan dan pelbagai lagi yang dikendalikan oleh Astro. Saluran ini berlangsung dari 15 Ogos - 16 September 2024 dengan diikuti Hari Kebangsaan Malaysia ke-67 dan Hari Malaysia ke-61. Saluran ini adalah percuma untuk semua pelanggan Astro, NJOI (Untuk pelanggan Family Pack, Popcorn Pack dan HD Pack) dan On-demand di Sooka dan Astro GO.[1]

KITA
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaRancangan

Pengaturcaraan

Bahasa Inggeris
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
Sejarah
Dilancarkan15 Ogos 2024; 31 hari yang lalu (2024-08-15)
Ditutup19 September 2024; dalam masa 3 hari (2024-09-19)
Nama dahulu

Sejarah

sunting

Pergantian nombor

sunting

Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di KITA:

Pada tanggal 30 Ogos 2019, KITA bermula sebagai Astro Malaysiaku dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 700 (HD).

Pada 20 Ogos 2022, KITA bermula sebagai Gemilang Bersama telah dinomborkan semula dari saluran 700 (HD) ke saluran 100 (HD)

Pada 21 Ogos 2022, Astro Malaysiaku telah rasmi melancarkan nama baharu menjadi Gemilang Bersama.

Pada 20 Ogos 2023, Gemilang Bersama telah rasmi melancarkan nama baharu menjadi Demi Negaraku.

Pada 31 Ogos 2023, Demi Negaraku telah rasmi menyiarkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 yang disiarkan secara langsung di Dataran Putrajaya, Putrajaya (siaran langsung menerusi RTM melalui saluran TV1).

Pada 16 September 2023, Demi Negaraku akan menyiarkan siaran akhirnya iaitu Sambutan Hari Malaysia ke-60 peringkat kebangsaan yang disiarkan secara langsung di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak (siaran langsung menerusi RTM melalui saluran TV1).

Pada tanggal 18 September 2023, Demi Negaraku telah rasmi ditamatkan siaran setelah tamatnya meraikan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 dan Hari Malaysia ke-60.

Pada 15 Ogos 2024, Demi Negaraku telah rasmi melancarkan nama baharu menjadi KITA.

Pada 31 Ogos 2024, KITA telah rasmi menyiarkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 yang disiarkan secara langsung di Dataran Putrajaya, Putrajaya (siaran langsung menerusi RTM melalui saluran TV1).

Pada 16 September 2024, KITA akan menyiarkan siaran akhirnya iaitu Sambutan Hari Malaysia ke-61 peringkat kebangsaan yang disiarkan secara langsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah (siaran langsung menerusi RTM melalui saluran TV1) pada bertepatan dengan cuti umum hijriah Maulidur Rasul (12 Rabiulawal 1446H).

Pada tanggal 17 September 2024, KITA telah rasmi ditamatkan siaran setelah tamatnya meraikan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-67 dan Hari Malaysia ke-61.

Rujukan

sunting