KD Tun Abdul Razak
KD Tun Abdul Razak merupakan kapal selam kedua milik Tentera Laut Diraja Malaysia. KD Tun Abdul Razak dibawa pulang dari Toulon, Perancis pada 30 April 2010 dan tiba di Malaysia pada 2 Julai 2010 di pangkalan TLDM Lumut . Ia diserahkan kepada TLDM pada 25 Januari 2010.[1]
KD Tun Razak dinamakan bersempena Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak Hussein sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, permodenan, pentadbiran dan pembangunan negara.
Pembinaan
suntingKapal kelas Perdana Menteri itu dalam fasa percubaan kedua pengeluar Sepanyol, Navantia di Cartanega, Sepanyol.[2] Kapal selam ini untuk peperangan bawah permukaan, aras permukaan dan anti-udara. Ia dikatakan paling senyap di dunia dan amat sukar dikesan serta dijejaki pihak lawan. Ia bergerak menggunakan tenaga diesel dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter.[3]
Tiba di Malaysia
suntingKapal selama ini membuat 85 % selaman di dalam laut iaitu 40 hari daripada 47 hari berada di laut. Pelayaran mengambil masa 64 hari melibatkan 7,283 batu nautika atau 13,488 kilometer merentasi Laut Mediterranean, Laut Merah, Teluk Aden, Laut Arab, Lautan Hindi dan Selat Melaka. Dalam 68 hari itu, mereka singgah di empat pelabuhan bagi tujuan ulang bekal iaitu di Pelabuhan Iskandariah (Mesir), Jeddah (Arab Saudi), Salalah (Oman) dan Cochin (India)
Kapal selam ini dibawa / dikendalikan sepenuhnya 21 pegawai dan 11 anggota TLDM lain-lain pangkat.
Ketibaan di Lumut disambut oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menjadi Kapten Yang Dipertua TLDM menaiki kapal selam itu dari Langkawi, Kedah.
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memberi amaran pembatalan kontrak jika rahsia aset strategik negara dibocorkan.[4]
Lihat juga
sunting- KD Tunku Abdul Rahman tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September 2009.