Kasiviswanathan Shanmugam

(Dilencongkan daripada K. Shanmugam)

Kasiviswanathan Shanmugam SC, (Tamil: காசிவிஸ்வநாதன் சண்முகம், rumi: Kācivisvanātaṉ Caṇmukam; born 26 Mac 1959) ialah seorang peguam dan ahli politik dari Singapura. Beliau merupakan pemegang jawatan Menteri Undang-Undang (sejak Mei 2008) dan Menteri Ehwal Dalam Negeri (sejak Oktober 2015) dalam pemerintah negara tersebut.

K. Shanmugam
காசிவிஸ்வநாதன் சண்முகம்
Menteri Ehwal Dalam Negeri Singapura
Menyandang jawatan
1 Oktober 2015
Perdana MenteriLee Hsien Loong
Didahului olehTeo Chee Hean
Dalam jawatan
1 November 2010 – 20 Mei 2011
Perdana MenteriLee Hsien Loong
Didahului olehWong Kan Seng
Digantikan olehTeo Chee Hean
Menteri Undang-Undang Singapura
Menyandang jawatan
1 Mei 2008
Perdana MenteriLee Hsien Loong
Didahului olehS. Jayakumar
Ahli Parlimen Singapura
bagi Nee Soon GRC
(Chong Pang)
Menyandang jawatan
21 Mei 2011
Menteri Ehwal Luar Negeri Singapura
Dalam jawatan
21 Mei 2011 – 30 September 2015
Perdana MenteriLee Hsien Loong
Didahului olehGeorge Yeo
Digantikan olehVivian Balakrishnan
Ahli Parlimen Singapura
bagi Sembawang GRC
(Chong Pang)
Dalam jawatan
3 September 1988 – 18 April 2011
Maklumat peribadi
Lahir
Kasiviswanathan Shanmugam

(1959-03-26) 26 Mac 1959 (umur 65)
Singapura
Parti politik Parti Tindakan Rakyat
PasanganSeetha Subbiah (k. 2008); Jothie Rajah (c. 2008)
Anak2 (daripada perkahwinan sebelumnya)[1]
Tempat belajarUniversiti Nasional Singapura

Awal hidup dan pendidikan

sunting

Shanmugam belajar di Raffles Institution dari 1972 hingga 1977. Beliau melanjutkan pelajarannya selepas itu di Fakulti Perundangan Universiti Nasional Singapura di mana beliau cemerlang dalam pengajiannya sehingga mendapatkan ijazah Kelas Pertama pada tahun 1984.

Kerjaya guaman

sunting

Shanmugan diterima masuk Bar Singapura sebagai seorang peguam cara as pada tahun 1985. Beliau menjalankan kerjayanya sebagai rakan kongsi kanan di sebuah firma guaman iaitu Allen & Gledhill.

Pada tahun 1998, beliau dilantik sebagai seorang Penasihat Kanan Undang-Undang dalam Mahkamah Agung Singapura; beliau merupakan peguam termuda diberikan jawatan sedemikian pada usia 38 tahun.[2]

Kerjaya politik

sunting

Shanmugam menjadi Ahli Parlimen pada 1988 apabila beliau dilantik sebagai ahli Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Sembawang.

Rujukan

sunting
  1. ^ https://web.archive.org/web/20080402231246/http://www.straitstimes.com/Free/Story/STIStory_221928.html
  2. ^ "Tempering the law with compassion". The Straits Times. 4 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-21. Dicapai pada 12 November 2016 – melalui AsiaOne.

Pautan luar

sunting
  • Profil dalam Kabinet Pemerintah Singapura