K. V. Kamath

(Dilencongkan daripada K.V. Kamath)

Kundapur Vaman Kamath, yang sering dirujuk sebagai K. V. Kamath, ialah ketua Bank Pembangunan Baru dari negara-negara BRICS, beliau telah berkhidmat sebagai Pengerusi Infosys Limited, syarikat perkhidmatan IT India kedua terbesar, dan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif ICICI Bank, bank swasta terbesar di India. Kamath juga berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pengarah ICICI Bank dari 1 Mei 1996 sehingga beliau bersara daripada tanggungjawab eksekutif pada 30 April 2009.[1]

K. V. Kamath
Kelahiran
Kundapur Vaman Kamath

(1947-12-02) 2 Disember 1947 (umur 77)
Pusat pendidikanNIT Karnataka
IIM Ahmedabad
PekerjaanPresiden Bank Pembangunan Baru
bekas pengarah bebas Infosys
bekas pengerusi ICICI Bank
PasanganRajalaxmi
Anak-anakAjay Kamath (anak lelaki)
Ajnya Kamath Pai (anak perempuan)

Kamath mengambil alih sebagai Pengerusi Infosys dari NR Narayana Murthy pada 21 Ogos 2011.[2] Beliau kekal sebagai Pengerusi sehingga Jun 2015.[3] Sebelum berkhidmat dalam jawatan ini, beliau ialah Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat itu mulai 2 Mei 2011.

Kamath juga berkhidmat sebagai pengarah bebas di dewan syarikat perkhidmatan minyak yang berpangkalan di Houston Schlumberger sejak 2010, dan pengeluar farmaseutikal India Lupin. Beliau juga ialah ahli Lembaga Gabenor Universiti Peroleum Pandit Deendayal.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Sheikha Mozah Bint Nasser Al-Missned". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-22. Dicapai pada 9 November 2016.
  2. ^ IIFL: KV Kamath: Infosys may spend US$1bn on acquisitions
  3. ^ "KV Kamath steps down from Infosys, R Seshasayee appointed". The Economic Times. Dicapai pada 9 November 2018.

Pautan luar

sunting