Juwita Bahar
Juwita Tofhany Sanjaya (lahir 11 Januari 1996) lebih dikenali sebagai Juwita Bahar ialah seorang penyanyi dangdut dan pelakon sinetron Indonesia.
Juwita Bahar | |
---|---|
Nama lahir | Juwita Tofhany Sanjaya |
Kelahiran | Jakarta, Indonesia | 11 Januari 1996
Genre | Dangdut |
Pekerjaan | Pelakon, Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2008–sekarang |
Syarikat rakaman | Insictech Musicland |
Karier
suntingSebelum dikenali sebagai penyanyi dan pelakon, nama Juwita pernah menghiasi pelbagai berita pada tahun 2008. Ketika itu, Juwita menerima kenyataan pahit bahawa ibunya, Anisa Bahar, tidak mengakuinya sebagai anak. Pada masa itu, Annisa berada di di puncak populariti dan mengaku belum pernah menikah. Penolakan itu memberi kesan kepada diri Juwita, sehingga sekarang dia belum mahu memaafkan ibunya.
Sejak kecil, Juwita telah menyanyi di pelbagai kafe dan acara. Juwita mengikuti jejak langkah ibunya menjadi penyanyi profesional. Dia mengeluarkan album pertamanya bertajuk "Maybe Yes Maybe No" pada tahun 2008. Dia mula dikenali ramai selepas menyanyikan lagu Maybe Yes Maybe No saat mengisi acara SCTV Music Awards tahun 2008. Namanya makin dikenali selepas membintangi sinetron Eneng.
Kehidupan peribadi
suntingJuwita Bahar merupakan anak kedua Memo Sanjaya dan Anisa Bahar. Dia bertunang dengan Barry Muhammad pada 8 Mac 2013 ketika berumur 17 tahun.[1]
Diskografi
sunting- Maybe Yes Maybe No (2008)
- Buka Sitik Joss (2013)
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- (Indonesia) Profil di laman KapanLagi.com.
- (Indonesia) Profil di wowkeren.com
- Juwita Bahar di Twitter