Jupiter (juga dieja dalam Latin: Iūpiter atau Iuppiter [ˈjʊppɪtɛr;[1] yup-pi-tér] atau Iovis [ˈjɔwɪs; yo-wis]) merupakan dewa langit dan guruh serta raja segala dewa-dewi menurut mitologi kepercayaan orang Rom purba, malah dia dianggap sebagai mahadewa dalam anutan kepercayaan ini.

Patung marmar Jupiter bertarikh abad pertama Masihi dengan perhiasan gangsa ditambah semasa abad ke-19.

Dewa ini merupakan dewa terutama dipuja sepanjang zaman Republik dan Empayar yang berlarutan di tamadun tersebut sehinggalah naiknya kekuasaan Constantine I sebagai raja yang menyebarkan ajaran Kristian di seluruh naungan baginda.

Rujukan

sunting
  1. ^ Iūpiter is thought to be the historically older form and Iuppiter to have arosen through the so-called littera-rule. Compare Weiss (2010) Diarkibkan 2016-10-17 di Wayback Machine.
Siri mitologi Rom
Dewa-dewi Utama
Apollo | Ceres | Diana | Juno | Jupiter | Mars | Mercurius | Minerva | Venus | Vulcanus | Divus Augustus | Divus Julius | Fortuna | Lares | Pluto | Quirinus | Sol | Vesta