Julian Brandt
Julian Brandt (2 Mei 1996) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Jerman yang bermain di posisi sayap untuk kelab Jerman, Borussia Dortmund dan pasukan kebangsaan Jerman.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Tarikh lahir | 2 Mei 1996 | ||
Tempat lahir | Bremen, Jerman | ||
Ketinggian | 1.85 m (6 ka 13⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Sayap | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Borussia Dortmund | ||
Nombor | 19 | ||
Kerjaya remaja | |||
2001–2009 | SC Borgfeld | ||
2009–2011 | FC Oberneuland | ||
2011–2013 | VfL Wolfsburg | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2014 | Bayer Leverkusen II | 1 | (1) |
2014–2019 | Bayer Leverkusen | 164 | (33) |
2019– | Borussia Dortmund | 131 | (25) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2011 | Jerman B15 | 2 | (2) |
2011–2012 | Jerman B16 | 3 | (1) |
2012–2013 | Jerman B17 | 19 | (5) |
2013–2014 | Jerman B19 | 14 | (2) |
2015 | Jerman B20 | 6 | (2) |
2015– | Jerman B21 | 8 | (1) |
2016 | Olimpik Jerman | 6 | (0) |
2016– | Jerman | 44 | (3) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 September 2023 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023 |
Brandt telah melakukan 55 penampilan untuk pasukan remaja Jerman dari pasukan bawah-15 hingga pasukan bawah-21. Beliau sebahagian daripada pasukan Jerman yang memenangi Kejohanan Eropah bawah-19 pada tahun 2014.
Kerjaya kelab
suntingPada zaman remajanya, Brandt beraksi untuk pasukan setempat, SC Borgfeld dan seterusnya di FC Oberneuland sebelum beliau sertai akademi VfL Wolfsburg.
Pada tahun 2014, Brandt berpindah ke Bayer 04 Leverkusen pada jendela perpindahan Januari dengan bayaran perpindahan 350 ribu euro. Beliau kemudian menandatangani kontrak lanjutan sehingga tahun 2019. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 15 Februari 2014 dalam perlawanan Bundesliga menentang Schalke 04. Beliau menggantikan Son Heung-Min pada minit ke-82 sebelum perlawanan berkesudahan Leverkusen tewas 1-2. Tiga hari kemudian, beliau melakukan debut di perlawanan Eropah menentang Paris Saint-Germain di Liga Juara-Juara. Pada 4 April 2014, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Leverkusen namun pasukannya tewas 1-2 menentang Hamburger SV.[1]
Pada 15 Ogos 2015, Brandt menjaringkan gol kemenangan Leverkusen selepas dimasukkan ke padang ketika menentang TSG 1899 Hoffenheim pada perlawanan pembukaan musim 2015-16.
Antara 20 Mac dan 30 April 2016, beliau menjaringkan gol dalam enam perlawanan Bundesliga berturut-turut sekali gus meletakkan belia pemain termuda pertama berbuat demikian sejak Gerd Müller.
Pada 30 September 2016, Julian dicalonkan dalam Anugerah Golden Boy bersama 39 pemain-pemain bawah 21 tahun yang berbakat dan memiliki potensi besar.
Kerjaya antarabangsa
suntingPada 17 Mei 2016, Brandt dinamakan ke dalam senarai 27 pemain Jerman ke skuad UEFA Euro 2016.
Beliau sebahagian daripada skuad Sukan Olimpik 2016 yang meraih pingat perak.
Pencapaian
suntingAntarabangsa
sunting- Jerman B19
- Kejohanan Eropah: 2014 (Pingat emas)
Catatan
sunting- ^ "Hamburger SV vs. Bayer Leverkusen 2 – 1". Soccerway. 4 April 2014. Dicapai pada 4 April 2014.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Julian Brandt |
- Julian Brandt di fussballdaten.de (dalam bahasa Jerman)
- Julian Brandt – Rekod persaingan UEFA
- kicker profile (Jerman)