Anjing pemburu gunung Montenegro

baka anjing dari Montenegro
(Dilencongkan daripada Jugoslavenski planinski gonic)

Anjing pemburu gunung Montenegro,[a] atau dahulu dikenali sebagai anjing pemburu gunung Yugoslavia,[b] ialah satu baka anjing jarang yang berasal dari kawasan pergunungan Montenegro. Dengan warna hitam dan sawo matang dan lapis bulu licin, anjing pemburu gunung Montenegro dipanggil "anjing pemburu hitam" pada masa lalu. Baka ini seasal susul dengan anjing pemburu Balkan lain. Ia berdiri setinggi 18–22 inci (46–56 cm) dan berukuran seberat 44–55 paun (20–25 kg). Baka ini digunakan untuk memburu rubah, kelinci, dan buruan kecil, kadang-kadang memburu haiwan lebih besar seperti rusa atau juga babi hutan.

Anjing pemburu gunung Montenegro
Nama lainAnjing pemburu gunung Yugoslavia
Negara asalMontenegro
Anjing (Canis lupus familiaris)
Seekor betina dalam pertunjukan antarabangsa
Seekor anjing pemburu gunung Montenegro dengan bendera Montenegro

Baka ini dahulunya dikenali sebagai anjing pemburu gunung Yugoslavia; FCI mengubah namanya pada 15 Julai 1997. Piawaian pertama bertarikh kembali ke tahun 1924. Baka ini sangat serupa dengan anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria.[1] Baka ini pertama kali diiktiraf secara rasmi pada 8 Mei 1969 di Warsaw. American Rare Breed Association menganggap bahawa baka ini terancam.

Mungkin gambaran popular yang paling diingati tentang anjing pemburu gunung Montenegro (pada masa itu dipanggil anjing pemburu gunung Yugoslavia) merupakan gambaran sebagai boneka tangan "Triumph the Insult Comic Dog", kerap muncul dalam rancangan televisyen NBC, Late Night with Conan O'Brien. Sungguhpun boneka ini memaparkan ciri fizikal bagi baka ini dan dikenal pasti sedemikian semasa banyak kemunculan, kapsyen yang mengenal pasti Triumph sebagai anjing pemburu gunung Yugoslavia segera ditanggalkan selepas serangan ketenteraan NATO ikutan terhadap Republik Bersekutu Yugoslavia.

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ݢونوڠ مونتينيݢرو; Templat:Lang-sh-Latn-Cyrl; bahasa Inggeris: Montenegrin mountain hound
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ݢونوڠ يوݢوسلاۏيا; Templat:Lang-sh-Latn-Cyrl; bahasa Inggeris: Yugoslavian mountain hound

Rujukan

sunting
  1. ^ Pugnetti, Gino (1983). Sve o psima [Semua tentang Anjing] (dalam bahasa Slovenia). Diterjemahkan oleh Turković, Ksenija. Zagreb, Croatia: Mladost. OCLC 440978962.

Pautan luar

sunting