Yang Berhormat Dato' Murshid Diraja Datuk Dr. Juanda Jaya merupakan seorang ahli politik Malaysia dan mufti yang berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak yang bertanggungjawab ke atas Integriti dan Ombudsman dalam pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) du bawah Premier Sarawak, Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg serta Menterinya, John Sikie Tayai sejak Januari 2022. Beliau juga merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN Sarawak) untuk Jemoreng sejak Mei 2016. Beliau adalah ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen gabungan GPS yang memerintah. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Mufti Perlis dari Januari 2009 sehingga Januari 2014.[1] Pada 1 Oktober 2009, beliau mula mengambil cuti dan menjadi cendekiawan pelawat ke Universiti Oxford dari 6 Oktober 2009 hingga 3 Ogos 2010 selama 10 bulan dan beliau merupakan berketurunan Melanau. Beliau merupakan satu-satunya Malaysia Timur menjadi Mufti di Semenanjung Malaysia.[2]

Juanda Jaya
جواندا جاي
Timbalan Menteri
di Jabatan Premier Sarawak
(Integriti dan Ombudsman)
Menyandang jawatan
4 Januari 2022
Yang di-Pertua NegeriAbdul Taib Mahmud
(2022–2024)
Wan Junaidi Tuanku Jaafar
(sejak 2024)
PremierAbang Johari Tun Openg
MenteriJohn Sikie Tayai
Didahului olehTalip Zulpilip
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak
bagi Jemoreng
Menyandang jawatan
7 Mei 2016
Didahului olehAbu Seman Jahwie
(BNPBB)
Majoriti3,789 (2016)
5,012 (2021)
Mufti Perlis
Dalam jawatan
27 Januari 2009 – 27 Januari 2014
RajaTuanku Syed Sirajuddin
Didahului olehMohd Asri Zainul Abidin
Digantikan olehMohd Asri Zainul Abidin
Maklumat peribadi
LahirSibu, Sarawak, Malaysia
Parti politikParti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
(–2018)
Gabungan Parti Sarawak (GPS)
(sejak 2018)
PertalianJaya Mahli (bapa)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanMufti

Kerjaya politik

sunting

Khabar angin sebagai calon pembangkang pada pilihan raya umum 2013

sunting

Pengerusi PKR Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman mendakwa Juanda akan menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) di kerusi Kangar pada Pilihan raya umum Malaysia 2013.[3] Walau bagaimanapun, dakwaan itu disangkal sekeras-kerasnya oleh beliau dan beliau tidak bertanding dalam pilihan raya.

Pilihan raya negeri Sarawak 2016

sunting

Dalam pilihan raya negeri Sarawak 2016, beliau telah dicalonkan sebagai calon BN bagi kerusi DUN Jemoreng,[4] sebagai penyandang DUN Jemoreng dan kemudiannya Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Abu Seman Jahwie berhasrat untuk tidak dinamakan semula atas sebab kesihatan. Beliau kemudiannya dipilih sebagai ahli DUN baharu, menewaskan calon bebas, Abdullah Saminan dan Parti Amanah Negara (AMANAH) di bawah Pakatan Harapan (PH), Kiprawi Suhaili dengan majoriti 3,789 undi.

Pilihan raya negeri Sarawak 2021 dan pelantikan ke Kabinet Sarawak sebagai Timbalan Menteri Negeri

sunting

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2021, beliau telah dinamakan semula sebagai calon GPS untuk mempertahankan dan berjaya mengekalkan kerusi Jemoreng, menewaskan calon bebas, Osman Rafaee dan calon Amanah di bawah PH, Zainab Suhaili dengan peningkatan majoriti 5,012. Pada 30 Disember 2021, Premier Sarawak, Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg melancarkan barisan kabinet baharu, Juanda kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak yang menjaga Integriti dan Ombudsman pada 4 Januari 2022.

Keputusan pilihan raya

sunting
Dewan Undangan Negeri Sarawak
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2016 N44 Jemoreng Juanda Jaya (PBB) 5,084 77.43% Kiprawi Suhaili (AMANAH) 187 2.85% 6,566 3,789 69.40%
Abdullah Saminan (BEBAS) 1,295 19.73%
2021 Juanda Jaya (PBB) 5,623 86.80% Zainab Suhaili (AMANAH) 244 3.77% 6,478 5,012 65.02%
Osman Rafaie (BEBAS) 611 9.43%

Penghargaan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Dr. Juanda Jaya Mufti Perlis baru". Utusan.com.my. 2009-01-27. Dicapai pada 2013-10-04.
  2. ^ "Mufti Perlis perjelas sebab cuti panjang". Malaysiakini. Dicapai pada 2013-10-04.
  3. ^ "GE13: Perlis mufti Juanda Jaya to contest Kangar parliamentary seat under PKR banner - Nation | The Star Online". Thestar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2013. Dicapai pada 4 Oktober 2013.
  4. ^ "ex-Perlis Mufti Juanda Jaya,eight others named as bn candidates for Sarawak". The Malay Mail Online. 12 April 2016. Dicapai pada 8 June 2016.
  5. ^ PM dahului senarai penerima darjah kebesaran Sarawak