José Martiniano de Alencar (1 Mei 1829 – 12 Disember 1877) ialah seorang penulis, peguam dan ahli politik Brazil. Beliau merupakan antara penulis Romantisis tersohor Brazil serta pelopor pergerakan Indianisme; beliau adakalanya mengkarya dengan nama pena sendiri iaitu Erasmo. Beliau penulis dan pengikut kontemporari penulis dan penyajak terkenal Machado de Assis dan seorang sahabat kuatnya, malah beliau sendiri menyumbang dana terhadap sokongan Akademi Persuratan Brazil semasa de Assis mengerusikan badan tersebut.[1][2][3]

José de Alencar
José de Alencar, s. 1870
José de Alencar, s. 1870
LahirJosé Martiniano de Alencar
(1829-05-01)1 Mei 1829
Fortaleza, Empayar Brazil
Meninggal duniaDisember 12, 1877(1877-12-12) (umur 48)
Rio de Janeiro, Empayar Brazil
Nama penaErasmo
Ig
Pekerjaanpeguam, ahli politik,
pemidato, novelis, dramatis
WarganegaraBrazil
Alma materUniversiti São Paulo
Pergerakan sasteraRomantisisme
Karya terkenalO Guarani, Senhora, Lucíola, Iracema, Ubirajara
PasanganGeorgina Augusta Cochrane
AnakAugusto de Alencar, Mário de Alencar
SaudaraJosé Martiniano Pereira de Alencar, Leonel Martiniano de Alencar
Tandatangan

Beliau cucu kepada Bárbara de Alencar, tokoh utama dalam Revolusi Pernambuco.[4]

Awal hidup dan pendidikan

sunting

José Martiniano de Alencar lahir di apa yang sekarang merupakan bairro Messejana, Fortaleza, Ceará, pada 1 Mei 1829, dari seorang mantan pendeta (dan kemudian politikus) José Martiniano Pereira de Alencar dan sepupunya Ana Josefina de Alencar. Beliau berpindah ke São Paulo pada 1844, di kota ini juga beliau melanjutkan pelajaran tingginya di Fakulti Perundangan Universiti São Paulo pada 1850 dan memulai kerjayadalam bidang perundangan di Rio de Janeiro.

Kerjaya penulisan

sunting

Beliau mula menceburi penulisan atas ajakan seorang temannya Francisco Otaviano, memulakan kemunculannya dalam jurnal Correio Mercantil. Beliau juga menulis beberapa kronik untuk Diário do Rio de Janeiro dan Jornal do Commercio. Alencar kemudian mengkompilasikan seluruh kronik yang ia tulis untuk surat kabar tersebut pada 1874, dengan nama Ao Correr da Pena.

Pada 1864, José berkahwin dengan Georgina Augusta Cochrane, anak seorang bangsawan Inggris eksentrik. Mereka mempunyai enam anak hasil perkahwinan ini: Augusto (yang menjadi Menteri Hubungan Eksternal Brasil pada 1919, dan juga duta besar Brasil untuk Amerika Serikat dari 1920 sampai 1924), Clarisse, Ceci, Elisa, Mário (yang menjadi jurnalis dan penulis, dan an) dan Adélia. (Media menyatakan bahwa Mário de Alencar sebenarnya merupakan anak haram dari Machado de Assis, sebuah fakta yang menginspirasi Assis untuk menulis novel terkenalnya Dom Casmurro.[5])

Kerjaya politik

sunting

Alencar berafiliasi dengan Partai Konservatif Brasil, yang membuatnya terpilih sebagai deputi jenderal untuk Ceará. Ia menjadi Menteri Keadilan Brasil kerajaan Maharaja Pedro II dari 1868 sampai 1870 Beliau merupakan penentang kuat tindakan penghapusan perhambaan yang dilakukan baginda.[6]

Ia juga direncanakan menjadi senator, namun Pedro II tidak pernah melantiknya, dengan alasan Alencar terlalu muda.[7]

Senja hidup

sunting

Alencar meninggal di Rio de Janeiro pada 1877 akibat menghidap tuberkulosis.

Sebuah teater di Fortaleza, Theatro José de Alencar, mengambil nama darinya.

Senarai karya

sunting

Crônica

sunting
  • Ao correr da pena, 1874
  • Ao correr da pena (folhetins inéditos), 2017 (organizado por Wilton José Marques)

Autobiografi

sunting

Crítica e polêmica

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "José de Alencar, biografia do fundador do romance de temática nacional - Guia do Estudante". Guiado Estudante (dalam bahasa Portugis). Abril. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2016. Dicapai pada 13 Februari 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  2. ^ ".:: José de Alencar - Só Literatura ::". www.soliteratura.com.br. Dicapai pada 13 Febuari 2016. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  3. ^ "José de Alencar - Biografia". UOL Educação (dalam bahasa Portugis). Dicapai pada 13 Februari 2016.
  4. ^ "História apaga rosto de primeira presa política do Brasil". Folha de S.Paulo. Dicapai pada 19- Jun 2019. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  5. ^ Mário de Alencar: Machado de Assis' son? Diarkibkan 2008-10-03 di Wayback Machine (Portugis)
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-05. Dicapai pada 2020-10-26.
  7. ^ RODRIGUES, Antonio Edmilson Martins; FALCON, Francisco José Calazans. José de Alencar: O Poeta Armado do Século XIX. [S.l.]: FGV Editora, 2001.

Pautan luar

sunting