José Abílio Osório Soares
Sebahagian kandungan di laman rencana ini menggunakan istilah atau struktur ayat yang terlalu menyebelahi gaya bahasa negara tertentu hasil penggunaan semula kandungan sumber tanpa pengubahsuaian. Anda diminta mengolah semula gaya bahasa rencana ini supaya penggunaan istilah di rencana ini seimbang, selaras serta mudah difahami secara umum dalam kalangan pengguna bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
José Abílio Osório Soares (2 Jun 1947 - 17 Jun 2007) ialah seorang ahli politik Indonesia. Beliau merupakan gabenor/gubernur terakhir provinsi Indonesia di Timor Timur sebelum kemerdekaan negara itu.
José Abílio Osório Soares | |
---|---|
Gubenur Timor Timur dibawah pendudukan Indonesia | |
Dalam jawatan 18 September 1992 – 25 Oktober 1999 | |
Presiden | Suharto B.J. Habibie |
Didahului oleh | Mário Viegas Carrascalão |
Digantikan oleh | Sérgio Vieira de Mello (sebagai Wakil Khas Setiausaha Agung Timor Timur) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | José Abílio Osório Soares 2 Jun 1947 Vila Nova Ourique, Portugis Timor |
Mati | 17 Jun 2007 Kota Kupang, Indonesia | (umur 60)
Kewarganegaraan | Indonesia |
Pasangan | Maria Ângela Correia de Lemos Osório Soares |
Gubernur Timor Timur
suntingSoares berkhidmat sebagai Gubernur Timor Timur antara tahun 1992 dan 1999. Beliau adalah tokoh yang penuh kontroversi dalam sejarah Timor Leste, beliau telah menjadi penyokong pemerintah Indonesia serta penggabungannya dan penggabungan wilayah itu ke dalam Indonesia. Begitu juga, beliau adalah lawan kepada gerakan pro-kemerdekaan yang akhirnya berjaya dalam proses kemerdekaan Timor Timur. Ramai orang Timor Leste menuduh Soares melakukan pencabulan hak asasi manusia dan kekejaman lain semasa berkuasa.
Kematian
suntingSoares meninggal dunia di Kupang akibat kanser pada 17 Jun 2007 setelah koma selama 4 hari. Walaupun ada bantahan dari orang Timor, beliau diberikan pengebumian pahlawan nasional oleh pemerintah Indonesia. Frans Lebu Raya, Wakil Gubernur Nusa Tenggara Timur meletakkan kalungan bunga yang dikirim oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang tidak secara pribadi menghadiri upacara pemakaman. Orang kenamaan penting lain yang menghadiri pengebumian itu termasuk beberapa tokoh yang kontroversi dari pendudukan Indonesia di Timor Timur, termasuk pesara Leftenan Jeneral Prabowo Subianto, pesara Mejar Jeneral Zacky Anwar Makarim, bekas timbalan ketua pegawai tentera Kiki Syanakri, dan Gubernur Papua Barat Abraham Octavianus Atururi.
Soares, yang berumur 60 tahun ketika kematian, meninggal seorang Maria Ângela Correia de Lemos Osório Soares dan empat orang anak mereka, serta ibunya yang berumur 86 tahun Beatriz Osório Soares. Semua ahli keluarga menghadiri pengkebumian.
Soares dikebumikan di Tanah Perkuburan Pahlawan Dharma Loka di Kupang.
Pautan luar dan rujukan
sunting- Ex-East Timor governor given hero's burial (dalam bahasa Inggeris) (dicapai pada 12 Julai 2007)
- People's Daily Online:Ex-East Timor governor given hero's burial (dalam bahasa Inggeris) (dicapai pada 12 Julai 2007)
- Trial Watch: Jose Abilio Osorio Soares (dalam bahasa Inggeris)
- Abilio Jose Osorio Soares: "Saya Kangen, Ingin Pulang" (dalam bahasa Bahasa Indonesia) (dicapai pada 25 September 2020)