Jon Secada
Juan Francisco Secada Ramírez (lahir 4 Oktober 1961), yang lebih dikenali sebagai Jon Secada, ialah seorang penyanyi dan penulis lagu berdarah Cuba-Amerika dan Afrika-Cuba.[1] Beliau telah memenangi dua Anugerah Grammy dan menjual lebih dari 15 juta rakaman,[2] menjadikannya artis muzik Latin dengan penjualan terlaris. Beliau menggabungkan funk, muzik soul, pop, dan perkusi latin.
Jon Secada | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Juan Francisco Secada Ramírez |
Kelahiran | Havana, Cuba | 4 Oktober 1961
Berasal dari | Miami, Florida, Amerika Syarikat |
Genre | Pop Latin pop |
Pekerjaan | Penyanyi-penulis lagu |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1984–kini |
Syarikat rakaman | SBK EMI |
Laman sesawang | jonsecada |
Secada menulis dua lagu bagi Gloria Estefan, Ricky Martin, serta Jennifer Lopez. Beliau mengikuti jelajah bersama Luciano Pavarotti dan merakamkan duet bersama Jim Brickman, Olivia Newton-John, serta Frank Sinatra. Secada juga kerap tampil di A Capitol Fourth.
Kehidupan awal
suntingSecada lahir pada tahun 1961 di Havana, Cuba.[1] Bapa Secada, José, dipenjara selama 3 tahun sebagai tahanan politik oleh rejim Castro. Pada tahun 1971, Secada mendapat kebenaran untuk berpindah dan kemudian beliau berpindah ke Miami.[3] Ibu bapanya membuka sebuah kedai kopi di sana.[4]
Secada dibesarkan di Hialeah, Florida. Pada 1979, beliau menamatkan pengajian di Hialeah High School.[5] Sewaktu menjayakan A Christmas Carol saat di kelas 11 beliau menyedari potensi muziknya dan didorong oleh para guru untuk mengejar kerjaya muziknya.[1]
Pada tahun 1983, beliau menerima ijazah Sarjana Muzik dan pada tahun 1986 beliau menerima Ijazah Muzik dalam persembahan vokal jazz, dari Frost School of Music.[6] Beliau lulus dengan predikat cum laude dan kemudian diterima di Iron Arrow Honor Society.[7]
Diskografi
sunting- Jon Secada (1992)
- Otro Día Más Sin Verte (1992)
- Heart, Soul & a Voice (1994)
- Si Te Vas (1994)
- Amor (1995)
- Secada (1997)
- Better Part of Me (2000)
- The Gift (2001)
- Amanecer (2002)
- Same Dream (2005)
- A Christmas Fiesta/Una Fiesta Navideña (2007)
- Expressions (2009)
- Classics/Clasicos (2010)
- Otra Vez (2011)
- To Beny Moré With Love (2017)
Rujukan
sunting- ^ a b c "JON SECADA SEES SUCCESS FROM ALL SIDES". Orlando Sentinel. 7 April 1995.
- ^ "Vuelve Jon Secada a los escenarios". El Universal (dalam bahasa Sepanyol). Mexico. 11 September 2002. Dicapai pada 17 Jun 2020.
- ^ Capretto, Lisa (31 Januari 2017). "Latin Superstar From The '90s Shares His Powerful Immigrant Story". HuffPost.
- ^ "A little of everything: Since days with Sound Machine, Jon Secada has built a diverse career". Las Vegas Sun. 16 September 2005.
- ^ BENN, EVAN (31 Julai 2018). "Grammy winner Jon Secada goes back to Hialeah with INDULGE". The Miami Herald.
- ^ "Jon Secada, B.M. '83, MM '86". Frost School of Music. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-27. Dicapai pada 2020-12-26.
- ^ "Jon Secada: Bio". Jon Secada.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jon Secada |