Johnny Galecki
John Mark Galecki (lahir 30 April 1975)[1] merupakan pelakon Amerika Syarikat kelahiran Belgium. Beliau terkenal menerusi sitkom Roseanne dari tahun 1992–1997 dengan memegang watak sebagai David Healy dan menerusi sitkom The Big Bang Theory sebagai Dr. Leonard Hofstadter. Galecki juga pernah muncul dalam beberapa buah filem seperti National Lampoon's Christmas Vacation (1989), Prancer (1989), Suicide Kings (1997), I Know What You Did Last Summer (1997), Bookies (2003), dan In Time (2011).
Johnny Galecki | |
---|---|
Kelahiran | John Mark Galecki 30 April 1975 |
Warganegara | Amerika |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1987–kini |
Rujukan
sunting- ^ "Johnny Galecki". TV Guide. Diarkibkan daripada yang asal pada June 11, 2016. Dicapai pada August 27, 2014.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Johnny Galecki |