John Kendrew
Sir John Cowdery Kendrew, CBE FRS[4] (24 Mac 1917 – 23 Ogos 1997) merupakan seorang ahli biokimia dan kristalografi Inggeris yang berkongsi Hadiah Nobel dalam Kimia bersama Max Perutz; kumpulan mereka di Makmal Cavendish menyiasat struktur protein yang mengandungi heme.
John Kendrew | |
---|---|
Kelahiran | John Cowdery Kendrew 24 Mac 1917 |
Meninggal dunia | 23 Ogos 1997 | (umur 80)
Warganegara | United Kingdom |
Pendidikan | Kolej Clifton |
Pusat pendidikan | Universiti Cambridge |
Terkenal kerana | Heme-containing proteins |
Anugerah |
|
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Kristalografi |
Institusi | Peterhouse, Cambridge Royal Air Force |
Tesis | X-ray studies of certain crystalline proteins : the crystal structure of foetal and adult sheep haemoglobins and of horse myoglobin (1949) |
Penasihat akademik | Max Perutz |
Pelajar kedoktoran | |
Pelajar lain yang terkenal | James D. Watson (postdoc)[3] |
Kendrew merupakan anak kepada Wilfrid George Kendrew, pembaca dalam klimatologi di Universiti Oxford, dan Evelyn May Graham Sandburg, ahli sejarah seni. Beliau dilahirkan di Oxford pada 24 Mac 1917.
Pendidikan
suntingSelepas tamat sekolah persediaan di Dragon School, Oxford, beliau melanjutkan pendidikan di Kolej Clifton di Bristol pada tahun 1930–1936. Beliau menuntut di Kolej Trinity, Cambridge pada tahun 1936 dan menamatkan pengajian dalam bidang kimia pada tahun 1939. Ketika awal Perang Dunia II beliau melakukan penyelidikan mengenai kinetik tindak balas, dan kemudian menjadi ahli Pertubuhan Penyelidikan Kementerian Udara.Pada tahun 1940 beliau terlibat dalam penyelidikan operasi di ibu pejabat Tentera Udara Diraja; melantik mengetuai skuadron pada 17 September 1941, kemudiannya beliau dilantik sebagai komander sayap kehormat pada 8 Jun 1944, dan melepaskan jawatankuasanya pada 5 Jun 1945. Beliau telah dianugerahkan PhD selepas perang pada tahun 1949.
Rujukan
sunting- ^ "John Cowdery Kendrew". people.embo.org.
- ^ Huxley, Hugh Esmor (1953). Investigations of biological structures by X-ray methods : the structure of muscle. lib.cam.ac.uk (Tesis). University of Cambridge. OCLC 885437514. Templat:EThOS.
- ^ a b c "John Kendrew academic geneaology". academictree.org.
- ^ Holmes, K. C. (2001). "Sir John Cowdery Kendrew. 24 March 1917 - 23 August 1997: Elected F.R.S. 1960". Biographical Memoirs of Fellows of the Royal Society. 47: 311–332. doi:10.1098/rsbm.2001.0018. PMID 15124647.
Bacaan lanjut
sunting- *John Finch; 'A Nobel Fellow On Every Floor', Medical Research Council 2008, 381 pp, ISBN 978-1-84046-940-0; this book is all about the MRC Laboratory of Molecular Biology, Cambridge.
- Nobel website biography
- The New York Times obituary of Kendrew.
Jawatan akademik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sir Richard Southern |
Presiden Kolej St John's College, Oxford 1981–1987 |
Diikuti oleh: Dr William Hayes |