John Hollington Grayburn

Leftenan John Hollington Grayburn adalah seorang pegawai Inggeris yang diberikan anugerah pingat Victoria Cross sebagai penghargaan keberaniannya yang luar biasa semasa pertempuran di Jambatan Arnhem dalam Operasi Market-Garden

John Hollington Grayburn

Leftenan Grayburn berumur 26 tahun dan berkhidmat sebagai pemimpin 2 Platun, Kompeni A, 2 Para semasa pertempuran di Jambatan Arnhem. Dia menunjukkan keberanian luar biasa memimpin anggotanya semasa menyerbu Jambatan Arnhem. Walaupun cedera dan dalam kesakitan, serta tidak tidur, semangat Leftenan Grayburn tidak pudar.

Dia sentiasa memberikan dorongan kepada anggota-anggotanya untuk tetap bertahan. Pada 20 September 1944, pihak Jerman cuba membinasakan Jambatan Arnhem. Leftenan Grayburn membuat serangan balas dan memusnahkan bahan-bahan letupan yang diletakkan. Semasa membalas tembakan kereta kebal sambil mempastikan anggota-anggotanya sampai ke tempat perlindungan, dia terkena tembakan jarak dekat mesingan dari kereta kebal dan dia terbunuh.

Pingat Victoria Crossnya menjadi pameran di Muzium Askar Payung Terjun di Aldershot.

Pautan Luar

sunting

[Biografi John Hollington Grayburn]