Joel Soh (lahir 16 Ogos 1987) merupakan seorang penerbit filem, pengarah filem dan penulis skrip Malaysia.

Joel Soh
Kelahiran (1987-08-16) 16 Ogos 1987 (umur 36)
Pusat pendidikanTaylor's University Emerson College
PekerjaanPenerbit filem, pengarah filem, penulis skrip
Tahun aktif2009–kini
MajikanBlackflag Malaysia
Karya terkenal
Polis EVO

Kehidupan awal

sunting

Joel dilahirkan di Kuala Terengganu, Terengganu dan dibesarkan Puchong, Selangor. Beliau berpindah ke Selangor pada 2005, berumur 18 tahun untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), di mana dia belajar perfileman dalam tempoh yang singkat. Dia kemudian berpindah ke Universiti Taylor untuk belajar Cambridge A-Level. Selepas menerima biasiswa daripada Astro, beliau berpindah ke Boston, Massachusetts untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam penerbitan filem dan video di Emerson College selama tiga tahun.

Selepas tamat pengajian, beliau kembali ke Malaysia dan menyertai Astro Shaw dan Tayangan Unggul sebagai penerbit bersekutu dan eksekutif produksi sebagai sebahagian daripada program biasiswa itu.

Filemografi

sunting
Kunci
  Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Penerbit Penulis Pengarah
2009 Room 1821       Filem pendek; juga sebagai penyunting, dan penyunting seni
2011 Angela       Filem pendek
2014 The Journey Bersekutu    
2015 Cemetery of Splendour Bersekutu    
Polis EVO      
2016 Ola Bola Bersekutu    
2018 Polis EVO 2       Arahan bersama Andre Chiew
2023 Polis EVO 3      
2024 The Experts      
TBA Baran         Pos-produksi

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Dicalonkan Keputusan Rujukan
2016 Festival Filem Malaysia Filem Terbaik Polis EVO Tercalon
Skrip Terbaik Tercalon
Anugerah Juri Khas Menang
Anugerah Pecah Panggung Menang
2018 Pengarah Harapan Polis EVO 2 Tercalon

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting