Jock Zonfrillo (4 Ogos 1976 – 30 April 2023) merupakan chef selebriti Scotland, penyampai televisyen, dan dermawan yang berpusat di Australia. Zonfrillo memiliki Restaurant Orana di Adelaide, Australia, dan merupakan pengasas Yayasan Orana.

Jock Zonfrillo dilahirkan di Glasgow, Scotland. Keluarga ibunya berasal dari Scotland dari Dalmellington, Ayrshire sementara ayahnya berasal dari Scauri, Itali.[1] Beliau belajar di Belmont Academy di Ayr, Scotland.

Zonfrillo mula-mula mula bekerja di dapur sebagai pencuci pinggan sambilan pada usia 13 tahun, ketika masih di sekolah, namun dengan cepat menukar peranan kepada seorang tukang masak untuk menggantikan tukang masak yang sakit. Zonfrillo kemudian meninggalkan sekolah ketika berusia 15 tahun dan memulakan perantisan di dapur The Turnberry Hotel, Scotland[2] yang kemudian beliau bekerja di Restoran Arkle di Chester Grosvenor Hotel di Chester.[3]

Zonfrillo kemudian bekerja untuk Marco Pierre White[4] dan David Cavalier[5] sebelum pergi ke Australia selama 12 bulan untuk bekerja dengan Dietmar Sawyere di Restaurant Forty One di Sydney[3] Semasa kembali ke UK, Zonfrillo kembali bekerja untuk Marco Pierre White sebelum mengambil kedudukan Ketua Chef buat kali pertamanya ketika berusia 22 tahun di The Tresanton Hotel, Cornwall, England.

Zonfrillo kembali ke Australia pada Januari 2000 sebagai Ketua Chef di Restoran 41 di Sydney. Zonfrillo kini menetap di Adelaide, Australia Selatan dengan isterinya Lauren (Fried) Zonfrillo yang, selain sebagai ahli perniagaan terkemuka, juga selalu muncul sebagai ahli panel Gruen.[6]

Pada tahun 2018, Zonfrillo juga dinobatkan sebagai Restoran Terbaik Tahun 2019 Australia oleh Good Food Guide.[7]

Pada bulan Oktober 2019, Zonfrillo diumumkan sebagai salah seorang juri baru untuk MasterChef Australia pada tahun 2020, bersama dengan Melissa Leong dan Andy Allen.[8]

Televisyen

sunting
  • Pada tahun 2014 Zonfrillo muncul di MasterChef Australia (siri 6).[9]
  • Pada tahun 2014 Zonfrillo menjadi hos 'Nomad Chef'[10] yang difilemkan di 10 buah negara dan ditayangkan di lebih dari 180 buah negara[11]
  • Pada tahun 2015 Zonfrillo mengacarakan 'Restaurant Revolution' di Seven Network di Australia[12]
  • Pada tahun 2016 Zonfrillo menjadi pengacara 'Chef Exchange' untuk Qingdao TV (QTV) di China dan Australia Selatan[13] dan kemudian menjalani penggambaran siri kedua pada tahun 2017.[14]
  • Pada tahun 2017 Zonfrillo menjadi pengacara musim kedua 'Chef Exchange'
  • Pada tahun 2018 Zonfrillo muncul di MasterChef Australia (siri 10).[15]
  • Pada tahun 2019 Zonfrillo muncul di MasterChef Australia (siri 11).[16]
  • Pada tahun 2020 Zonfrillo mengacarakan MasterChef Australia (siri 12).

Rujukan

sunting
  1. ^ "The Scottish 'nomad chef' redefining Australia's national cuisine" (dalam bahasa Inggeris). Financial Times.
  2. ^ "The Gospel, according to Jock". The Advertiser (dalam bahasa Inggeris). 14 March 2014.
  3. ^ a b "St Mawes the merrier". The Caterer.
  4. ^ Thomsen, Simon (24 August 2017). "The chef at Australia's best restaurant has an incredible story about how Marco Pierre White saved his career". Business Insider (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ "Restaurateur Jock Zonfrillo to host Seven's Restaurant Revolution". Mediaweek (dalam bahasa Inggeris). 22 June 2015.
  6. ^ "'Businesses need to use their own data, and buy the right data'". Money magazine (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-22.
  7. ^ "The Good Food Guide 2019: Full list of award winners". Good Food (dalam bahasa Inggeris). 9 October 2018.
  8. ^ "MasterChef Australia: New judges announced". news.com.au. 10 October 2019. Dicapai pada 10 October 2019.
  9. ^ "Who was that MasterChef hottie?". NewsComAu. Dicapai pada 2018-09-21.
  10. ^ McIver, Brian (2014-10-06). "Chef's passion for cooking has taken him all over the world". Daily Record (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-06. Dicapai pada 2020-04-17.
  11. ^ ""Nomad Chef" set for Australian debut on Discovery".
  12. ^ Rigden, Clare (2015-07-22). "Jock Zonfrillo: Reluctant restaurant revolutionary". The Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-09-11.
  13. ^ "New deal for SA cooking show Chef Exchange is a huge tourism boost" (dalam bahasa Inggeris). The Advertiser.
  14. ^ "Production Begins on Chef Exchange Series 2". 57 Films (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-20. Dicapai pada 2020-04-17.
  15. ^ "MasterChef finalists battle it out on Sydney Harbour". The Daily Telegraph (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-09-21.
  16. ^ "'MasterChef' has called in one of Australia's culinary big guns for Best Of The Best Week". 10 Daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-06-24.