Jinjang
Jinjang merupakan suatu pekan yang terletak di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Pekan ini mula dibuka sebagai sebahagian dari strategi British menerusi program pertahanan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs ketika peristiwa Darurat Tanah Melayu. Strategi ini bertujuan untuk menempatkan semula barisan pertahanan penduduk Tanah Melayu ketika itu, khususnya bagi etnik Cina Malaya, bagi mengasingkan mereka dari terjebak dengan pengaruh komunis. Jinjang kiranya merupakan suatu kawasan penempatan baru yang digelar "Kampung Baru" yang terletak digarisan sempadan Kuala Lumpur, pada keluasan 445 hektar (4.45 km2), kira-kira saiz gabungan dua kampung baru.[1]
Selain bandar Kepong, Jinjang juga dilihat mempunyai kes wabak demam denggi yang tinggi dan merisaukan,[2] Pada kes wabak tahun 1973, denggi di Jinjang telah merekodkan seramai 969 pesakit dan 54 orang terbunuh akibat epidemik wabak tersebut.[3]
Jinjang asasnya meliputi kawasan Jinjang Utara dan Jinjang Selatan.
Diantara tempat utama di Jinjang adalah seperti Pusat Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin.
Etimologi
suntingLihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ King, Ross (2008). Kuala Lumpur and Putrajaya: negotiating urban space in Malaysia. NUS Press. ISBN 9971694158. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Asiaweek, Volume 15, Issues 1-26 (1989).
- ^ BioSciences Information Service of Biological Abstracts (1980): Abstracts of entomology, Volume 11.
Koordinat: 3°07′N 101°41′E / 3.117°N 101.683°E