Jihad Islam Mesir

Kumpulan pejuang Islam Mesir yang aktif sejak 1970-an


Jihad Islam Mesir (EIJ, Arab: الجهاد الإسلامي المصري), atau sering dipanggil dengan beberapa nama seperti Jihad Islam, Tentera Pembebasan Tanah Suci, Kumpulan Jihad dan Pertubuhan Jihad,[4] merupakan kumpulan pejuang Mesir yang aktif sejak 1970-an. Kumpulan ini disekat secara besar-besaran oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana mempunyai rangkaian dengan kumpulan Al-Qaeda.[5] Ia juga diharamkan di beberapa negara.[6] Kumpulan ini disenarai sebagai Pertubuhan Yang Dituntut di United Kingdom di bawah Akta Keganasan 2000.[7]

Jihad Islam Mesir
Pihak bersengketa dalam Negara Islam
Aktif 1979–Kini (Pada Jun 2001, bergabung dengan Al-Qaeda)
Ideologi Jihadisme
Pemimpin Muhammad Abdul Salam Faraj
Ayman al-Zawahiri
Ibu pejabat Mesir, kemudian Afghanistan (Selepas 2001 tidak diketahui)
Kawasan of
operasi
Seluruh dunia, terutama di Mesir, Afghanistan dan Pakistan
Menjadi al-Qaeda[1]
Sekutu Negara bersekutu:

Kumpulan sekutu:

Opponents  Mesir

 Amerika Syarikat

Perang/pertempuran Pembunuhan Anwar Sadat

Matlamat asas pertubuhan ini adalah untuk menjatuhkan pemerintah Mesir dan menggantikannya dengan negara Islam. Kemudian ia meluaskan sasarannya dengan menyerang kepentingan Amerika Syarikat dan Israel yang ada di Mesir dan luar negara.

Rentetan daripada Revolusi Mesir 2011, beberapa bekas pemimpin kumpulan ini menuuhkan sebuah parti politik di Mesir atas nama Parti Islam, yang turut menjadi anggota Perikatan Antirampasan Kuasa yang berlaku pada rampasan kuasa Mesir 2013.[8]

Rujukan

sunting
  1. ^ https://www.newyorker.com/magazine/2002/09/16/the-man-behind-bin-laden
  2. ^ https://www.wsj.com/articles/SB123128812156759281
  3. ^ https://kyleorton1991.wordpress.com/2015/09/19/irans-partnership-with-al-qaeda-and-unanswered-questions/
  4. ^ Wright, Lawrence, Looming Tower, Knopf, 2006, p. 123
  5. ^ The Al-Qaida Sanctions Committee, United Nations Security Council Committee 1267
  6. ^ "'Terror' list out; Russia tags two Kuwaiti groups". Arab Times. February 2003.
  7. ^ "Terrorism Act 2000". Schedule 2, Act No. 11  2000.
  8. ^ "Pro-Morsy alliance considers presidential elections boycott". Egypt Independent. 31 March 2014. Dicapai pada 29 April 2014.