Jesse Spencer
Jesse Gordon Spencer (dilahirkan pada 12 Februari 1979 di Melbourne, Victoria, Australia) ialah seorang pelakon dan pemuzik Australia. Dia paling dikenali kerana watak Dr. Robert Chase yang dipegangnya dalam drama perubatan House dan watak Billy Kennedy dalam drama lipur lara Australia Neighbours.
Jesse Spencer | |
---|---|
Kelahiran | Jesse Gordon Spencer 12 Februari 1979 Melbourne, Victoria, Australia |
Pekerjaan | Pelakon, ahli muzik |
Tahun aktif | 1991–kini |
Biografi
suntingKehidupan awal dan pendidikan
suntingSpencer dilahirkan di Melbourne, Victoria, Australia. Ibubapanya Robyn dan Rodney Spencer adalah pengasas parti politik Australians Against Further Immigration dan beberapa kali menerima pencalonan dalam pilihanraya persekutuan dan negeri bagi mewakili parti tersebut dan One Nation.[1] Dia mempunyai dua orang abang, Tarney (ahli pembedahan plastik mata) dan Luke (perunding ortopedik), dan seorang adik perempuan, Polly (perunding anestatik).
Spencer belajar di Sekolah Rendah Canterbury , Sekolah Menengah Malvern dan Scotch College(kolej swasta). Ketika di Kolej Scotch, dia menyertai ujibakat bagi drama lipur lara, Neighbours. Dia terus berusaha mendapatkan kelulusan VCE sambil bekerja dalam rancangan itu dan bergraduasi pada tahun 1997.[perlu rujukan]
Karier
suntingLakonan
suntingSebagai pelakon, Spencer amat dikenali di Australia dan UK sebagai Billy Kennedy dalam drama lipur lara Australia Neighbours, watak yang dimainkannya selama enam tahun dari tahun 1994 hingga 2000. Sejak daripada itu, dia muncul dalam drama Death in Holy Orders, begitu juga filem-filem seperti Winning London, Uptown Girls dan Swimming Upstream.
Sejak 2004, dia memegang watak Dr. Robert Chase dalam drama perubatan Amerika House bersama-sama Hugh Laurie. Dia juga berlakon bersama dengan bekas tunangnya Jennifer Morrison dalam drama House dan filem Flourish.
Muzik
suntingSehingga 2008, dia menggesek biola untuk Band From TV, sebuah kumpulan muzik yang dibentuk oleh Greg Grunberg dan melibatkan Hugh Laurie yang sama-sama membintangi drama House. Mereka membuat persembahan dalam pelbagai acara sambil menyalurkan bayaran yang diperolehi kepada pelbagai badan kebajikan yang disokong setiap anggota. Kumpulan itu juga membuat persembahan dalam American Idol Gives Back di samping bintang Desperate Housewives Teri Hatcher.
Spencer telah meggesek biola sejak berusia 10 tahun dan juga mampu bermain gitar dan piano.
Anugerah
suntingDia pernah dicalonkan bagi Anugerah Logie pada tahun 1998 dan 1999 kategori "Pelakon Lelaki Paling Popular" untuk Neighbours. Pada tahun 2005, dia dicalonkan bagi "Persembahan Ledakan TV Pilihan – Lelaki" bagi House M.D. di Anugerah Pilihan Remaja dan dicalonkan pada tahun 2009 di Anugerah Kesatuan Pelakon Layar Perak bagi "Persembahan Menyerlah oleh Kumpulan dalam Siri Drama".
Spencer menerima Anugerah "Boomerang Keemasan" oleh Orang Australia dalam Filem di Anugerah Kejayaan Orang Australia dalam Filem Ke-2 pada 11 Mei 2006, kerana lakonannya dalam House, di samping Jacinda Barrett, James Wan and Leigh Whannell.[2] Pada tahun 2007, dia disenaraikan dalam isu 100 Orang Paling Cantik majalah People.
Kehidupan peribadi
suntingSpencer bertemu dengan bekas bintang bersama dalam drama House Jennifer Morrison pada Mac 2004 di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver , ketika dalam perjalanan untuk penggambaran episod pertama House sebelum mula berpacaran pada Julai 2004.
Mereka bertunang pada 23 Disember 2006 di Paris. Spencer dan Morrison juga mendedahkan bahawa mereka bercadang untuk berkahwin di sebuah estet peribadi di Los Angeles kemudiannya pada tahun 2007. Bagaimanapun, pada Ogos 2007, pasangan tersebut mengumumkan pembatalan pertunangan mereka.[3] Setelah berpacaran selama beberapa bulan, Spencer muncul di Anugerah Emmy 2008 bersama-sama penyanyi British Louise Griffiths. Selepas setahun setengah bersama, pasangan itu berpisah pada April 2010.[perlu rujukan]
Hasil karier
suntingFilem | |||
---|---|---|---|
Tahun | Filem | Watak | Catatan |
2000 | Lorna Doone | Marwood de Whichehalse | Untuk tayangan TV |
2001 | Curse of the Talisman | Jeremy Campbell | Untuk tayangan TV |
Winning London | Lord James Browning Jr. | ||
2002 | Stranded | Fritz Robinson | Untuk tayangan TV |
2003 | Swimming Upstream | Tony Fingleton | Berdasarkan satu autobiografi |
Uptown Girls | Neal Fox | ||
Death in Holy Orders | Raphael Arbuthnot | Untuk tayangan TV | |
2006 | Flourish | Eddie Gator | |
2010 | Tell-Tale | Lover | |
2011 | The Girl Is in Trouble | Nicholas | dalam penggambaran |
TV | |||
Tahun | Judul | Watak | Catatan |
1994 | Time Trax | Young Bill | Episod: "A Close Encounter" |
1994–2000 | Neighbours | Billy Kennedy | Watak tetap (1994–2000; 2005) |
1998 | Hercules: The Animated Series | Triten Jr. | Episod: "Hercules and the Son of Poseidon"; suara |
2002 | Always Greener | Kyle | Episod: "A Death in the Family" |
2004–present | House | Dr. Robert Chase | Watak tetap (Musim 1-kini) |
2005 | Blue Heelers | Lee Cruickshank | Episod: "Dangerous Animals" |
Teater | |||
Tahun | Judul | Watak | Catatan |
1991 | The King and I | Louis | State Theatre, Melbourne, Australia. |
1992 | Winnie the Pooh | Christopher Robin | The Alexander Theatre (Monash), Australia. |
1993 | Scrooge | Older brother of Tiny Tim | The Princess Theatre, Melbourne, Australia. |
1998–1999 | Peter Pan | Peter Pan | Hammond Productions (London), White Rocks Theatre, Hastings, UK. |
1999–2000 | Jack and the Beanstalk | Jack | Artist Management Group production – Wolverhampton Grand Theatre, UK. |
2003 | The Modernists | Terrance | The Crucible Theatre, Los Angeles, California |
Video muzik | |||
Tahun | Judul lagu | Watak | Artis |
2009 | "Still Have My Heart" | Doktor gigi | Caitlin Crosby |
2010 | "Say Goodbye" | Teman lelaki | Katharine McPhee |
Rujukan
sunting- ^ "Jesse Spencer Biography – Yahoo! Movies". Movies.yahoo.com. Dicapai pada 3 April 2011.
- ^ [1] Australians in Film
- ^ Jordan, Julie (15 Ogos 2007). "House Costars Call Off Engagement".