Jeram Padang
Jeram Padang merupakan kawasan perladangan getah yang terletak dalam daerah Jempol, Negeri Sembilan. Ia terletak di laluan dari Bahau ke Gemas dan Tampin. Terdapat penempatan bagi masyarakat India dan orang asli di Jeram Padang. Sebuah sekolah kerajaan, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Jeram Padang telah dibina. Kebanyakan penduduk di Jeram Padang merupakan pekerja ladang getah.
Jeram Padang | |
---|---|
Geografi | |
Status | Ladang |
Asal nama | N/A |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Daerah Jempol |
Mukim | Mukim Jelai |
Keluasan | N/A |