Jenis kata

sistem tatabahasa pengelasan kata nama

Jenis atau gender dalam konteks bidang linguistik bermaksud bentuk spesifik dari sistem membahagikan kata nama membentuk aturan sejalan dengan aspek bahasa lainnya, seperti kata sifat, kata sandang, kata ganti atau kata kerja.

Perbandingan jenis kata masculino dan femenino dalam bahasa Sepanyol.

Sistem tersebut dipakai dalam sekitar seperempat bahasa di dunia termasuk bahasa-bahasa Semitik (termasuk bahasa Arab dan bahasa Ibrani) dan bahasa-bahasa Romawi (termasuk bahasa Perancis, bahasa Sepanyol dan bahasa Itali).

Contoh

sunting

Bahasa Arab

sunting

Sesepatah kata nama diberikan "jenis kalimat"-nya (Arab: جِنْس الكَلِمَة, rumi: jins al-kalimah) kepada jenis "muzakkar" (مُذَکَّرْ mudzakkar daripada ذَکَّرَ dzakkara "menjadikan maskulin [lelaki]"[1]) atau "muanas" (مُؤَنَّث mu'annath daripada أَنَّثَ annatha "dijadikan perempuan"[2]). Kata yang jenis muanas mempunyai hujung ta marbutah (ة; sebutan [t] terubah kepada [h] selepas sebut mati) kecuali kata nama khas tertentu seperti nama orang (contohnya: أسامة `Usāmah) atau gelaran (contoh: خليفة khalīfah).

Bahasa Itali

sunting

Kata nama "lelaki" (maschile) yang mufrad berhujung -o manakala bentuk jamaknya berhujung -i:

ragazzo "anak lelaki", ragazzi "anak-anak lelaki"

Kata nama "perempuan" (femminile) yang mufrad berhujung -a manakala bentuk jamaknya berhujung -e:

ragazza "anak perempuan", ragazze "anak-anak perempuan"

Bahasa Sanskrit

sunting

Bahasa Sanskrit menandakan jenis katanya dengan hujung bertulis आ yang maskulin dan ई yang feminin":[3]

सहोदर sahodarā "saudara" सहोदरी sahodarī "saudari"[4]

Akhiran dan turut dimanfaatkan dalam penyerapan kosa kata Sanskrit ke dalam bahasa Melayu sebagai pembeza makna antara dua kata kembar sewarisan induk Sanskrit asal yang bertindih seberapa makna - misalnya अर्थ artha "kekayaan, tujuan" tidak sahaja menjadi asal kata harta malah dijantinakan lanjut menjadi kata terbit अर्थी arthi yang diserap menjadi erti.[4]

Rujukan

sunting
  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 150. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005), m/s. 16
  3. ^ Jamison, Stephanie (2008). Woodard, Roger D. (penyunting). The Ancient Languages of Asia and the Americas. Cambridge University Press. m/s. 16–17. ISBN 978-0-521-68494-1.
  4. ^ a b Hoogervorst, Tom (2017). ‘Lexical influence from North India to Maritime Southeast Asia: Some new directions’. Man in India. 97 (1): 302-6.