Kereta kebal Type 94
Kereta kebal kecil Type 94 (Jepun: 九四式軽装甲車 , Kyūyon-shiki keisōkōsha, secara harafiannya "kereta berperisai ringan Type 94 ", juga dikenali sebagai TK iaitu ringkasan bagi "Tokushu Keninsha" yang bererti trektor khas [1]) merupakan kereta kebal kecil yang digunakan oleh Tentera Jepun Imperial semasa Perang China-Jepun Kedua, dalam Nomonhan menentang Soviet Union, dan semasa Perang Dunia Kedua. Sungguhpun kereta kebal kecil sering digunakan sebagai trektor amunisi, dan sokongan infantri awam, ia direka bagi tinjauan, dan bukannya bagi pertempuran langsung.[2] Type 94 yang ringan terbukti berkesan di China kerana Tentera Revolusi Kebangsaan China terdiri dari hanya tiga batalion kereta kebal untuk menentang mereka, dan kereta kebal tersebut hanya terdiri dari beberapa model eksport British dan kereta kebal kecil CV-33 Itali.[3] Sebagaimana dengan hampir kesemua kereta kebal kecil yang di bina pada 1920-an dan 1930-an, ia memiliki perisai nipis yang mampu ditembusi oleh tembakan mesingan .50 kaliber pada jarak 600 ela.[4]
Type 94 TK | |
---|---|
Tempat asal | Empayar Jepun |
Sejarah perkhidmatan | |
Digunakan oleh | Tentera Jepun Imperial Tentera Revolusi Kebangsaan Tentera Merah China |
Sejarah pengeluaran | |
Direka | 1932 |
Spesifikasi | |
Berat | 3.4 tonnes (3.75 tan) |
Panjang | 3.0 m (9 ka 10 in) |
Lebar | 1.6 m (5 ka 3 in) |
Tinggi | 1.6 m (5 ka 3 in) |
Krew | 2 (komander, pemandu) |
Armor | 12 mm (.47 in) |
Senjata pertama | 6.5mm mesingan Type 91 |
Senjata kedua | None |
Enjin | Mitsubishi Franklin sejukkan udara 4-lejang inline Petrol 32 hp (24 kW) |
Kuasa/berat | 9 hp/tonne |
Sistem ampaian | 2-wheel bogi |
Jarak operasi | 200 kilometer (162 batu) |
Kelajuan | 40 km/h (25 m/hr) |
Kereta kebal Type94 adalah kereta kebal serdahana yang paling luas digunakan oleh tentera Jepun semasa awal Perang Dunia II. Kereta kebal Type 94 adalah berasaskan reka bentuk lebih awal yang diperkenalkan pada tahun 1934, dan merupakan asas bagi kereta kebal ringan Type 95.
Kereta kebal Type 94 seberat 15 tan, dengan perisai setebal hanya 17 mm paling tebal. Kereta kebal ini dilapurkan mempunyai had laju maksima 28 batu sejam, walaupun kelajuan 20 batu sejam atau kurang adalah kebiasaan kerana kuasa rendahnya. Meriam 57-mm adalah senjata penyokong unit infantri yang bagus; bagaimanapun, tidak terdapat mesingan sepaksi — mesingan penara mengadap kebelakang penara. Tambahan lagi, terdapat mesingan pada badan kereta kebal.
Type 94 bagaimanapun membawa sejumlah besar peluru: 100 biji 57-mm dan 2,800 biji peluru mesingan. Ia amat sempit bagi lima orang anggotanya, dan penglihatan dari dalamnya kurang jelas. Tidak terdapat sebarang radio komunikasi dengan kenderaan lain. Komunikasi dilakukan dengan menggunakan bendera dan menjeritkan arahan. Jenis 94 mempunyai jarak tanpa pengisian minyak sejauh 100 batu.
Sejarah dan pembangunan
suntingKegilaan kereta kebal kecil berlaku di Eropah pada 1930-an, yang diterajui oleh kereta kebal kecil Carden-Loyd Mk VI United Kingdom.[5] IJA menempah beberapa contoh dari UK, bersama beberapa kenderaan Perancis dan menguji mereka dilapangan.[5] IJA memutuskan bahawa mesin British dan Perancis kedua-duanya terlalu kecil untuk digunakan, dan mula merancang bagi versi lebih besar, Tokushu Keninsha (bererti "Trektor Khas "). Ia dikelaskan kembali sebagai (kereta kebal kecil) Type 94 dan direka bagi peninjau,[6] tetapu turut juga boleh digunakan bagi menyokong serangan infantri dan mengangkut perbekalan.[7] Tentera Jepun Imperial juga menguji dengan pelbagai kereta perisai tentera dengan kejayaan terhad. Kenderaan berperisai beroda tidak sesuai bagi kebanyakan operasi di negara boneka Manchukuo, akibat keadaan jalan yang teruk dan cuaca musim sejuk yang melampau.[8]
Selepas Perang Dunia Pertama, banyak negara Eropah cuba melengkapi pasukan kalavari dengan mekanikal. Selari dengan itu, kalavari Jepun turut menguji dengan pelbagai kereta berperisai tentera dengan kejayaan terhad. Kereta berperisai beroda ini tidak sesuai bagi kebanyakan operasi di Manchuria, akibat keadaan jalan yang buruk dan cuaca musim sejuk yang melampau. Tentera Jepun (sama seperti tentera Amerika Syarikat, Perancis, British dan Russia) cuba dengan pelbagai cara untuk menyatukan kenderaan perisai moden dengan pasukan kalavari berkuda tradisi mereka. [9]
IJA menempah beberapa kereta kebal kecil dari Great Britain, bersama beberapa kenderaan Perancis dan mengudi mereka di lapangan.[10] IJA memutuskan bahawa mesin British dan Perancis terlalu kecil untuk digunakan, dan mula merancang versi lebih besar, model TK, atau Trektor Istimewa (Special Tractor). Ia dikelaskan semula sebagai (kereta kebal kecil) Type 94 dan ditugaskan bagi meninjau,[11] tetapi juga boleh digunakan bagi menyokong serangan infantry dan mengangkut perbekalan.[12] Cubaan awal menghasilkan kereta kebal Type 92 Jyu-Sokosha bagi kegunaan kalavari.Bagaimanapun, komander infantry Jepun merasakan bahawa kenderaan seumpama dengannya juga berguna sebagai kenderaan sokongan bagi pengangkutan, peninjauan, dan perhubungan dalaman division infantri, dan boleh digunakan sebagai seperti “kompeni terbang” bagi memberikan kuasa tembakan tambahan dan sokongan jarak dekat dalam operasi infantri.
Ia merupakan kenderaan bertrek kecil ringan dengan turret bersenjatakan mesingan tunggal. Bagi pengangkutan kargo ia menarik trailer peluru. Ia dinamakan Tokushu Keninsha ("Trektor Istimewa "), diringkaskan kepada (“Special Tractor”) “TK”. Selepas ujian di Manchukuo dan Jepun, rekaan itu dipiwaikan sebagai kereta kebal kecil Type 94. Ia mula berkhidmat pada tahun 1935. Type 94 ringan terbukti berkesan di Manchuria dan tempat lain di China kerana Tentera Revolusi Kebangsaan Republik China terdiri dari hanya tiga battalion kereta kebal bagi menentang mereka. Sebagaimana hampir kesemua kereta kebal kecil negara lain yang dibina antara tahun 1920-an dan 1930-an, ia memiliki perisai nipis dan sering boleh ditembusi oleh tembakan senjata ringan piwaian.[13]
Sejak awal 1920-an, Sekolah Kalavari Tentera Jepun Imperial (“Imperial Japanese Army Cavalry School”) bertempat di prefectur Chiba menguji pelbagai kereta kebal ringan Eropah, termasuk enam kereta kebal kecil Carden Loyd dan beberapa kereta kebal Renault FT-17, dan keputusan dicapai pada 1929 untuk memilih bagi membangunkan pembangunan kenderaan baru, kebanyakannya berdasarkan reka bentuk Carden Loyd dan bertujuan bagi menangani kekurangan kereta berperisai beroda.[14]
Cubaan awal ini menghasilkan Type 92 Jyu-Sokosha bagi kegunaan kalavari. Bagaimanapun, komander pasukan infantri Jepun merasakan bahawa kenderaan yang serupa turut berguna sebagai kenderaan sokongan, tinjauan, dan komunikasi dalam divisen infantri, dan boleh digunakan sebagai seperti “kompeni gerak pantas” bagi memberikan kuasa tembakan tambahan dan sokongan jarak dekat dalam operasi infantri.
Pembangunan diberikan kepada Tokyo Gas and Electric Industry (kemudiannya dikenali sebagai Hino Motors) pada tahun 1933, dan model ujian disiapkan pada tahun 1934. Ia merupakan kenderaan kecil ringan bertrek dengan turet bersenjatakan satu mesingan. Bagi pengangkutan kargo, ia menarik treler amunisi. Ia dipanggil Tokushu Keninsha ("Trektor Khas"), diringkaskan sebagai “TK”. Selepas ujian di kedua-dua Manchukuo dan Jepun, reka bentuk dipiwaikan sebagai kereta kebal kecil Type 94. Ia memasuki perkhidmatan pada tahun 1935. Type 94 kemudiannya digantikan oleh kereta kebal kecil Type 97.
Sumber British dan Amerika Syarikat sering keliru dengan kedua model ini, antara Type 92 Kereta kebal Kavalri, yang mana hanya 167 dibina [15] dengan Type 94, sungguhpun Type 94 merupakan model yang selalu bertembung dipelbagai perbatasan Perang Pasifik.[16]
Reka bentuk
suntingReka bentuk Type 94 berdasarkan kereta kebal kecil Carden- Loyd Mark VIb.
Badan Type 94 merupakan pembinaan rivet dan petri, dengan enjin dihadapan dan pemandu disebelah kanan. Enjin merupakan motor petrol sejukan udara yang menghasilkan 35 hp pada 2,500 rpm. Sebagaimana kebanyakan kenderaan berperisai bertujuan untuk berfungsi dalam keadaan panas, enjin diberikan lapik asbestos bagi melindungi penumpang dari galian toksid. Komander duduk di turet kecil (tanpa kuasa) dibelakang badan. Satu pintu besar di belakang badan terbuka pada ruang simpanan.
Pada awalnya persenjataan adalah mesingan Type 91 6.5×50mm, sungguhpun dalam medel berikutnya ini digantikan dengan mesingan mesin Type 92 7.7 mm.
Sistem gantungan terdiri daripada empat bogie – dua sebelah. Ini digantung menggunakan rintangan bell-cranks melalui pemampatan spring berperisai diletakkan secara mendatar, satu setiap sebelah badan, di luar. Setiap bogie memiliki dua roda jalan getah kecil dengan drive sprocket di hadapan dan idler di belakang. Terdapat dua trek pengolek pemulang. Dalam perkhidmatan tempur Type 94 didapati cenderung terlucut trek semasa berpusing dengan laju. Kerja reka bentuk semula dilakukan pada sistem gantungan dan idler kecil digantikan dengan roda idler keratan rentas besar yang kini menyentuh tanah; tetapi ia tidak menyelesaikan masalah tersebut sepenuhnya. Sistem gantungan lebih baik pada kerangka lebih panjang kemudiannya muncul pada model Type 94 berikutnya.
Reka bentuk ini juga merupakan asas kepada "Kenderaan Nyahcemar " Type 94 dan "Kenderaan Penyebar Gas" Type 94 antara "Pemasang Tiang Type 97 " dan "Pemasang Kabel Type 97 ".
Satu variasi menarik bagi kereta kebal kecil Type 94 merupakan kereta kebal penyebar gas. Kenderaan Nyahcemar Type 94 dan Kenderaan Penyebar Gas Type 94 merupakan kereta kebal kecil Type 94 disesuaikan bagi perperangan kimia bersama dengan Kenderaan Nyahcemar Type 94 dan Kenderaan Penyebar Gas Type 94 yang ditatarajah sebagai kenderaan penyebar kimia bergerak bebas dengan kenderaan agen anti kimia nyahcemar bergerak berkenaan kepada unit infantry kimia Jepun dalam pertempuran. Kereta kebal kecil Type 94 diubah suai dengan Type 94 dilengkapi dengan perlindungan kimia/bakteriologi digunakan sebagai traktor tertutup kepada kenderaan tersebut, bagi perlindungan dari agen tersebut.
Kenderaan Penyebar gas mampu menyebar agen kimia gas mustard selebar 8 meter dan Kenderaan Penyahjangkitan menabur serbuk peluntur bagi menawar gas beracun atau agen patogenik dan kenderaan khas ini bagi perperangan kimia dimajukan pada tahun 1933–1934.
Khidmat Operasi
suntingKereta kebal kecil Type 94 kebanyakannya digunakan dalam "Kompeni Kereta kebal kecil Bebas ". Menjelang tahun 1936, setiap division infantri Jepun memiliki Kompeni Kereta kebal kecilnya sendiri dengan enam Type 94 bagi kegunaan peranan peninjau.
Kereta kebal kecil Type 94 merupakan kenderaan yang murah untuk dibina, sekitar separuh dari harga Kereta kebal serdahana Type 89 I-Go, menyebabkan lebh banyak Type 94 yang berkhidmat berbanding sebarang kereta kebal kecil Jepun yang lain (823 unit). Pengeluaran meningkat sehingga 300 unit pada tahun 1935, 246 unit pada tahun 1936 dan 200 unit pada tahun 1937.[8] Disebabkan reka bentuk yang ringkas dalam pertempuran di China, Tentera Jepun Imperial dengan itu berpuas hati untuk mengekalkan Type 94, sungguhpun reka bentuknya, malah konsep kereta kebal kecil, telah dianggap lapuk oleh tentera Barat.
Dengan meletusnya Perang Dunia Kedua, sejumlah Kereta kebal kecil Type 94 diberikan pada setiap divisin infantri Jepun di Medan Pasifik, dengan trailer bertrek. Ia bertempur di Burma, Netherlands East Indies,[17] Filipina dan sejumlah pulau lain di Mandate Pasifik Selatan. Sesetengah diberikan pada Pasukan Darat Tentera laut Jepun Imperial. Ia masih digunakan sehingga lewat 1945. Kegunaan utama termasuk:
- Hebei, China: 1st Tank Battalion and 2nd Tank Battalion
- Chahar Province, China: 1st Independent Mixed Brigade
- Shanghai, China: 5th Tank Battalion
- Taierchwang, China: Special Tank Company of China Detachment Tank Unit
- Hsuchou, China: 1st Tank Battalion and 5th Tank Battalion
- Nomonhan, Manchukuo: 3rd Tank Regiment and 4th Tank Regiment
- Hsinking, Manchukuo: Armored unit of Imperial Manchukuo Army
- Timor: IJA 38th Division Tankette Company[18]
- Java: Anai Tankette unit, 2nd, 3rd and 48th Recon Regiment, Sakaguchi Detachment, 56th Infantry Group Tankette Unit[19][20]
- Kwajalein Atoll: 2nd Battalion of Army 1st Sea-mobile Brigade
Rujukan
sunting- ^ Steven Zaloga, Japanese Tanks 1939-45, Osprey Publishing, 2007, TIp1hToEC&pg=PA7&dq=TK+%22special+tractor %22&hl=en&ei=fmIeTqX2BIzKmAWv2qi9Aw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum =1&ved=0CCgQ6AEwAA#v=onepage&q=TK%20%22special%20tractor%22&f=false (p. 7.).
- ^ Coox, p. 154 & 157
- ^ Zaloga (Japanese Tanks) p. 12
- ^ [1] Report on Type 92 from September 1945 issue of Intelligence Bulletin
- ^ a b Zaloga (Japanese Tanks) p. 7
- ^ Coox p. 154, 157
- ^ Zaloga (Japanese Tanks) p. 8
- ^ a b Taki's Imperial Japanese Army
- ^ Taki's Imperial Japanese Army
- ^ Zaloga (Japanese Tanks) p. 7
- ^ Coox p. 154, 157
- ^ Zaloga (Japanese Tanks) p. 8
- ^ [2] Report on Type 92 from September 1945 issue of Intelligence Bulletin
- ^ Foss. Tanks: The 500. pp. 220
- ^ Zaloga (Japanese Tanks) p. 10
- ^ Foss. The Great Book of Tanks. Pp.106
- ^ Takizawa, Akira (1999- 2000). "The Japanese Armoured Units in the Dutch East Indies 1941-1942". Forgotten Campaign: The Dutch East Indies Campaign 1941-1942. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Takizawa, Akira (1999–2000). "Japanese Armoured Units on Timor Island, 1942". Forgotten Campaign: The Dutch East Indies Campaign 1941-1942.CS1 maint: date format (link)
- ^ L, Klemen (1999–2000). "The Use of Armoured Vehicles on Borneo, 1941-19422". Forgotten Campaign: The Dutch East Indies Campaign 1941-1942.CS1 maint: date format (link)
- ^ Takizawa, Akira (1999–2000). "Japanese Armoured Units on Java Island, 1942". Forgotten Campaign: The Dutch East Indies Campaign 1941-1942.CS1 maint: date format (link)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kereta kebal Type 94 |