Jenderam
Jenderam terletak pada kedudukan 2.8' Utara, 101.7' Timur, terletak di daerah Sepang, Dengkil, Selangor Darul Ehsan. Bersebelahan dengan Sungai Langat, kira-kira 30 km dari Kuala Sungai Langat yang menjadi laluan utama pedagang-pedagang dan penghijrah terutama Sumatera, Jawa dan China ke Kajang, Semenyih, Reko dan sebagainya.
Sebahagian mukabuminya antara 10-50 meter dari aras laut dan begitu sesuai ditanam dengan padi sawah satu ketika dahulu.
Pelabuhan Jenderam
sunting- Pada tahun 1940, sebuah pendayung purba yang dikenali 'Bot Jenderam' telah dijumpai. Selain itu serpihan tembikar dijumpai Jenderam Hilir, Sepang, Selangor. Beberapa serpihan tembikar ini dihias dengan kesan-kesan pemukul kayu berukir (carved paddle-impressed).
- Pelabuhan-pelabuhan zaman ini dikenali sebagai Kuala Selinsing (Perak), Sungai Emas (Kedah), Pengkalan Bujang (Kedah), [[Jenderam Hilir (Selangor), dan Santubong (Sarawak).
- Mereka tinggal di gua batu kapur seperti Gua Niah di Sarawak, Gua Kepah di Kedah dan Gua Kecil di Pahang. Masyarakat ini juga tinggal di kawasan tepi laut seperti Jenderam Hilir di Selangor. Masyarakat pada zaman ini menukar barangan tembikar sebagai salah satu kegiatan harian mereka.
- Pada tahun 1977 pula pelombong bijih timah Syarikat Tit Nam Hoong di Jenderam Hilir menjumpai pelbagai artifak. Objek terdiri daripada objek-objek tembikar asing seperti mangkuk dan sebuah tempayan kecil China dan dua buah kendi, objek-objek logam seperti beberapa jongkong timah, bekas-bekas gangsa, dan objek-objek kayu seperti sebuah pengayuh kayu dan batu tumbuk. Semua artifak 'Bot Jenderam' ini dipamerkan di Muzium Shah Alam, Selangor.
Zaman Mesolitik
sunting- Terdapat lebih daripada 70 buah petempatan. Di antaranya ialah Guar Kepah di Kedah, Jenderam Hilir,Kota Tongkat, Kota Gelanggi, Gua Kecil dan Bukit Cintamanis di Pahang.
- Terdapat juga bukti-bukti kewujudan petempatan di Gua Cha, Kelantan dan Gua Niah, Sarawak (Abdul Rahman Haji Abdullah,1989:7)
- Kajian di Gua Niah dilakukan oleh Tom Harrison sejak tahun 1954. Beliau telah menemui tengkorak budak lelaki berusia 15 tahun yang dianggarkan berusia 40,000 tahun dahulu. Tengkorak manusia ini termasuk jenis homo sapiens (Harrison,1972:3)
- Kajian terhadap lapisan tanah juga menunjukkan terdapatnya penduduk yang bersilih ganti dari zaman awal homo sehingga zaman moden. Tradisi kebudayaan pada Zaman Mesolitik di Asia Tenggara lebih dikenali sebagai kebudayaan Hoabinhian.
- Antara aspek-aspek utama kebudayaan Hoabinhian ialah pembuatan alat tulang, tembikar dan tradisi bercucuk tanam.Industri ini juga ditemui di beberapa tempat di Vietnam Utara,Thailand, Semenanjung Tanah Melayu dan di timur laut Sumatera.
- Industri batu Hoabinhian dicirikan dengan alat teras seperti edge ground axes tarahan dan batu asah (G. de G. Sieveking,1990:14).
- Di antara tapak-tapak Mesolitik yang terkenal ialah Gua Jiwa,Thailand, Da Phuc, Sai Yuk dan Bac Bo di Thailand.
Komunis Melayu
sunting- Pada zaman daurat tahun 1948 hingga 1960, ramai penduduk kampung Melayu di sini menyokong dan menjadi pengikut Parti Komunis Malaya. Ini kerana pemimpin-pemimpin komunis Indonesia seperti Tan Malaka dari Indonesia dipercayai pernah datang ke sini kerana di sini ramai keturunan Minangkabau.
- Seorang pemimpin komunis Melayu bernama Abdul Manan telah menjemput beberapa penduduk dari Kampung Sungai Kembung, Semenyih ke Jenderam untuk membincangkan perjuangan komunis menentang penjajahan British dan memerdekakan tanah air serta aktiviti lanjutan.
- Seorang guru bernama Cikgu Karim telah dipanggil oleh beberapa pemuda komunis dan dibunuh berhampiran rumahnya di Jenderam kerana disyakki bekerjasama dengan tentera Jepun semasa pemerintahan Jepun. Karim menjadi guru semasa Zaman Jepun dan berkebolehan bercakap bahasa Jepun.
Pendidikan
sunting- MIAT (Malaysian Institute Of Aviation Technology Sdn Bhd , No. 2891, Jln Jenderam Hulu, Kampung Jenderam Hulu, 43500 Dengkil, Selangor
- Universiti Teknikal Mara , No. 2891, Jln Jenderam Hulu, Kampung Jenderam Hulu, 43500 Dengkil, Selangor
- Societe Internationale De Telecommunications Aeronautiques, No. 7734, Jln Jenderam Hulu, Kampung Jenderam Hulu, 43500 Dengkil, Selangor
- Tadika Madrasah Islamiah, No. 4029, Lrg Aman, Kampung Jenderam Hilir, 43500 Dengkil, Selangor
- Sekolah Pondok , Yayasan al Jenderami
Tuan Guru Haji Kamaluddin Md Zin. No 1 lorong Bahagia Jenderam Hulu 43800 dengkil. selangor/
- Aroma Laundry Dry Cleaners Sdn Bhd , No. 7734, Jln Jenderam Hulu, Kampung Jenderam Hulu, 43800 Dengkil , Selangor
- Zoom Laundry & Dry Cleaning Sdn Bhd, No* 7734, Jln Jenderam Hulu, Kampung Jenderam Hulu, 43800 Dengkil , Selangor
- Narehan Hassan , No* 2891, Jln Jenderam Hulu, Kampung Jenderam Hulu, 43800 Dengkil , Selangor
- Ramlah Hassan , No* 2891, Jln Jenderam Hulu, Kampung Jenderam Hulu, 43800 Dengkil , Selangor
- Sinar Jernih Sdn Bhd , No* 7734, Jln Jenderam Hulu, Kampung Jenderam Hulu, 43800 Dengkil , Selangor
- kedai runcit sahrul,No. 96 ,Kg Jenderam Hulu, 43800 Dengkil,Selangor.
- Tn Hj Abdul Rauf B Yusof No 96A,Kg Jenderam Hulu,43800 Dengkil,Selangor.
- Kedai Runcit Hajjah kalsum binti Mohd Nuh...balu kepada Hj. Ibrahim b. anson
- Lebar Daun Construction Sdn Bhd , No* 91, Kampung Jenderam Hilir, 43500 Dengkil , Selangor
- Fiman Enterprise , No* 4029, Lrg Aman, Kampung Jenderam Hilir, 43500 Dengkil , Selangor
- Badul Hisham Samad , No* 4029, Lrg Aman, Kampung Jenderam Hilir, 43500 Dengkil , Selangor
- Rohani Yasin , Gerai Pembangunan Luarbandar, Kampung Jenderam Hilir, 43500 Dengkil , Selangor
- Razali Hj Sulaiman , Gerai Pembangunan Luarbandar, Kampung Jenderam Hilir, 43500 Dengkil , Selangor
- Low Chai Hing Holdings Sdn Bhd , No* 5668, Jln Rkt Sg Merab-jenderam, Kampung Jenderam Hilir, 43500 Dengkil , Selangor
- Hasnah Ab Aziz , No.69, Kampung Jenderam Hilir, 43500 Dengkil , Selangor
- Syarikat Kajang Kilang Batubata Sdn Bhd , No* 108, Kampung Jenderam Hilir, 43500 Dengkil , Selangor
- Khalid Lambak , 9092A, Jln Bangi-Sepang, Kampung Jenderam Hilir, 43500 Dengkil , Selangor
Ekonomi
suntingPada tahun 1996, Mohd. Isham Ibrahim dari Universiti Malaya membuat kajian tentang "Pengeluaran dan pemasaran industri belimbing" satu kajian kes di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil. Beliau ialah pelajar Jabatan Antropologi and Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Yayasan Al-Jenderami
suntingYayasan ini ditubuhkan pada 23 Jun 2003 di bawah Akta Syarikat 1965, Company Limited Guarantee and Not Having A Share Capital. “Dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1976. Ruj : LHDN.01/35/42/51/179.6-5583”
YAYASAN AL-JENDERAMI sebuah yayasan bantuan kemanusiaan yang berfungsi sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu serta menolong umat islam tidak kira dalam mahupun luar negeri seperti Indonesia, Kampuchea serta yang lain. Ianya terletak dan beroperasi di Kampung Baru Jenderam Hilir, Dengkil di dalam daerah Sepang.
Yayasan ini telah menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan lebih daripada 15 tahun, yang mana sebelum ini hanya bergerak di bawah sebuah kampung yang diasaskan dan didiami oleh bekas-bekas kakitangan UDA (Perbadanan Pembangunan Bandar). Tujuan yayasan ini ditubuhkan adalah untuk turut serta dan sama-sama membantu merealisasikan wawasan kerajaan di dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat Malaysia.
Yayasan ini diasaskan oleh As-Syeikh Hj. Mohd. Hafidz b Selamat dan diterajui oleh Hj. Abu Bakar b Abd. Aziz sebagai Pengerusi dan dibantu oleh Ahli Lembaga Pengarah dan barisan Ahli Pengurusan.Alamatnya ialah Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Lot 4029, Lorong Aman,Kampung Baru Jenderam Hilir, 43800 Dengkil.
Pada bulan Mei 2005, Ijtima' Ulama Sekolah Pondok Senusantara dianjurkan di sini. Yayasan ini telah mengadakan sekolah pondok di sini.