Jejaka Lombok mencetuskan kontroversi cinta wanita Malaysia dengan buruh asing dari pulau Lombok, Mataram, barat Jawa, Indonesia. Terdapat sekitar 500-600 gadis Melayu berada di sana setelah mereka berkahwin.[1]

Ketua Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Khairun Aseh menyatakan pergerakan itu telah membawa balik beberapa wanita Malaysia dari Lombok.

Lelaki Lombok

sunting

Lelaki atau jejaka Lombok ini merupakan pekerja kontrak di Malaysia. Mereka bekerja dengan subkontraktor kecil di Malaysia seperti membuat rumah, melantai, membina pagar , ubah suai rumah dan sebagainya . Pendek kata rakyat Malaysia terutama orang Melayu kagum dengan kemahiran mereka dan bergantung kepada buruh kontrak ini untuk membina dan ubah suai rumah.

Kemahiran bertukang rumah membolehkan mereka membawa balik sejumlah wang dan membina 'rumah besar' di Lombok , Indonesia. Dikatakan terdapat banyak rumah dan masjid 'persendirian' di pulau Lombok , hasil keringat mereka bekerja di Malaysia.

Selain itu mereka bekerja di ladang-ladang kelapa sawit di kampung dan pedalaman di mana orang Melayu tinggal . Mereka bergaul mesra dan bergurau-senda dengan penduduk Melayu di kampung. Golongan muda Melayu tidak lagi bekerja di ladang-ladang kerana mereka berhijrah ke kota untuk menimba ilmu dan bekerja di kilang dan sebagainya.

Secara umumnya mereka pandai mengaji, tidak tinggal sembahyang, sembahyang jemaah di surau dan masjid di kampung. Pergaulan dengan orang kampung, menyebabkan peranan mereka berubah menjadi menguruskan jenazah, membantu kenduri-kendara, hadir dalam jamuan dan kenduri. Ada di antara mreka menjadi imam dan siak surau dan masjid.

Ketika di kampung-kampung pedalaman inilah, lelaki Lombok berkenalan dengan gadis kampung dan berulang-alik ke rumah keluarga. Perkenalan awal berubah kepada cinta yang tidak direstui . Pasangan teruna tadi bertindak nekad lari ke pulau Batam dan seterusnya pulang ke pulau Lombok.

Lelaki Lombok ini juga golongan muda iaitu antara 20-30 tahun atau lebih. Mereka seperti remaja Melayu lain juga . Ada di antara mereka memiliki motosikal buruk dan basikal . Rambut mereka tidaklah terlalu panjang. Suasana kerja memnyebabkan mereka merokok. Tetapi mereka tidak terjebak dengan penagihan dadah sebagaimana remaja Melayu. Mereka juga memiliki telefon bimbit dan SMS dengan gadis tempatan.

Apabila tamat kontrak bekerja di Ladang Felda dan Felcra, mereka perlu pulang ke Lombok, Indonesia. Biasanya mereka yang datang ke Malaysia ini dari kampung yang sama. Mereka bekerja di Malaysia selama 3-4 tahun atau lebih. Selepas kemabli ke Lombok, buat beberapa lama, mereka kembali ke Malaysia semula.

Subkontraktor kelapa sawit Felda dan Felcra sukar mendapatkan pekerja muda dari rakyat tempatan. Kerja kelapa sawit ini memerlukan tenaga yang kuat dan lasak. Buruh kontrak ini perlu kuat dan tahan lasak untuk memotong pelepah kelapa sawit, menjolok buah di pohon yang tinggi , mengangkat setandan ke setandan kelapa sawit ke dalam lori dan sebagainya. Jalan-jalan dalam ladang kelapa sawit pula berlopak-lopak dan menempuh banjir pada waktu-waktu tertentu.

Gadis ini mengikut lelaki warga Indonesia bukan disebabkan ilmu guna-guna. Ada yang enggan balik ke Malaysia kerana sudah beranak-pinak. Perkahwinan yang tidak direstui ini menyebabkan lelaki Lombok tidak boleh bekerja lagi di Malaysia. Subkontraktor Felda dan Felcra dan lain-lain akan mengambil pekerja baru pula, juga dari Lombok.

Ini kerana adanya pengkhususan buruh. Buruh Indonesia bekerja di sektor perladangan dan pembinaan. Buruh Vietnam bekerja sebagai nelayan. Buruh Bangladesh bekerja sebagai tukang cuci dan pam minyak. Buruh Myanmar banyak bekerja di kilang-kilang. Buruh dari Nepal (Gurkha) bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Pegawai Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd. Fadzil Rahman menyatakan kebanyakan gadis terbabit berbuat demikian atas dasar cinta dan sukarela. Kebanyakan mereka gadis bawah umur dan mudah terpedaya dengan janji manis buruh kasar dari Lombok.

Kehidupan di Lombok

sunting

Penduduk Indonesia ramai dan pekerjaan sukar dicari . Walaupun mereka memiliki rumah di Lombok hasil kemahiran membina rumah tetapi itu tidak mencukupi. Setelah pulang ke Lombok, mereka menganggur buat beberapa lama.

Langkah pencegahan

sunting

Ada yang menyarankan agar kerajaan tidak membenarkan 'penjajahan budaya' Indonesia di negara ini dengan menyajikan drama, lagu atau sebarang berita hiburan artis seberang.Ramai yang kesal dengan sikap warga Indonesia yang tidak tahu mengenang budi.

Contoh kes

sunting
  1. Pada 20 Februari 2010, Noorlaili Afizah Omar atau Pijah dari Yan, Kedah membatalkan niat untuk melarikan diri bersama abang Sarjo. Pada mulanya dia sangka sudah sampai di Lombok, tetapi hanyalah di kawasan rumah setinggan di Sungkai, Perak.[2]

Rujukan

sunting