Jawatankuasa Belia Negeri
Jawatankuasa Belia Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan pembangunan masyarakat termasuk golongan belia terletak di bawah bidang kuasa bersama antara persekutuan dan negeri[1]
Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi membantu urusan pembangunan belia di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri.
Senarai
suntingBerikut merupakan senarai jawatankuasa dan pengerusinya,
Bil | Negeri | Portfolio | Pengerusi | Parti politik | Dilantik pada |
---|---|---|---|---|---|
Persekutuan | Kementerian Belia dan Sukan | Hannah Yeoh Tseow Suan | PH (DAP) | 2 Disember 2022[2] | |
1 | Sarawak | Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan | Abdul Karim Rahman Hamzah | GPS (PBB) | 30 Disember 2021[3] |
2 | Johor | Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia | Mohd Hairi Mad Shah | BN (UMNO) | 26 Mac 2022[4] |
3 | Perak | Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan | Khairudin Abu Hanipah | BN (UMNO) | 24 November 2022[5] |
4 | Perlis | Jawatankuasa Belia dan Sukan | Muhammad Azmir Azizan | PN (PAS) | 25 November 2022[6] |
5 | Pahang | Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan | Fadzli Mohamad Kamal | BN (UMNO) | 14 Disember 2022[7] |
6 | Sabah | Kementerian Belia dan Sukan | Ellron Angin | GRS (STAR) | 11 Januari 2023[8] |
7 | Melaka | Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan | VP Shanmugam | BN (MIC) | 5 April 2023[9] |
8 | Terengganu | Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO | Hishamuddin Abdul Karim | PN (PAS) | 16 Ogos 2023 |
9 | Pulau Pinang | Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan | Gooi Zi Sen | PH (DAP) | 16 Ogos 2023 |
10 | Kedah | Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup; Belia dan Sukan | Muhamad Radhi Mat Din | PN (PAS) | 21 Ogos 2023[10] |
11 | Kelantan | Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat | Zamakhshari Muhamad | PN (PAS) | 23 Ogos 2023[11] |
12 | Selangor | Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan | Najwan Halimi | PH (Keadilan) | 23 Ogos 2023[12] |
13 | Negeri Sembilan | Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan | Mustapha Nagoor | BN (UMNO) | 24 Ogos 2023[13] |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.
- ^ "Kabinet: Anwar umum Zahid, Fadillah Timbalan PM [METROTV]". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2022-12-02. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ "Kabinet Abang Jo ada 10 menteri, 26 menteri muda". Malaysiakini. 2021-12-30. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ "Senarai portfolio Exco Johor". Harian Metro. 26 Mac 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
- ^ IDRIS, SAYED HESHAM (2022-11-24). "Saarani umum senarai portfolio Exco Perak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ JAMALUDIN, SITI NURAZLINA (2022-11-25). "Perlis kecilkan saiz Exco". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ "Portfolio EXCO Pahang diumum". Berita Harian. 14 Disember 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
- ^ ROSLAN, SURAIDAH (2023-01-11). "Bung Moktar digugurkan, tiga menteri baharu dilantik, Shahelmey timbalan ketua menteri baharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ "10 EXCO angkat sumpah, Kerajaan Perpaduan di Melaka". Berita Harian. 5 April 2023. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
- ^ AZIMI, MOHD RAFIE (2023-08-21). "10 ADUN Kedah selesai angkat sumpah Exco". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-21.
- ^ "MB Kelantan pegang lima portfolio Exco". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-08-23.
- ^ JAAFAR, NORAFIZA (2023-08-23). "Amirudin pegang lima, umum portfolio 10 Exco Selangor". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-23.
- ^ "Senarai penuh EXCO Negeri Sembilan, Aminuddin terajui 3 portfolio". Berita Harian. 24 Ogos 2023. Dicapai pada 24 Ogos 2023.