Javier Aquino

Mexican footballer

Javier Ignacio Aquino Carmona (Sebutan Sepanyol: [xaˈβjeɾ aˈkino]; lahir 11 Februari 1990) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk kelab Sepanyol, Rayo Vallecano secara pinjaman dari kelab Villarreal CF. Beliau bermain di posisi sayap.

Javier Aquino
Maklumat peribadi
Nama penuh Javier Ignacio Aquino Carmona[1]
Tarikh lahir (1990-02-11) 11 Februari 1990 (umur 34)
Tempat lahir Oaxaca de Juárez, Mexico
Ketinggian 1.67 m (5 ka ​5 1116 in)
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Rayo Vallecano (pinjaman dari Villarreal)
Nombor 16
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2013 Cruz Azul 78 (7)
2013– Villarreal 44 (1)
2014–Rayo Vallecano (pinjaman) 7 (0)
Pasukan kebangsaan
2011–2012 Mexico B23 31 (2)
2011– Mexico 26 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 2 November 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 Oktober 2014

Kerjaya kelab

sunting

Cruz Azul

sunting

Pada 23 Julai 2010, Aquino membuat debut untuk Cruz Azul ketika kejohanan Apertura 2010 menentang Estudiantes Tecos, pasukannya menang 3-0. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 24 Oktober 2010 ketika hari ke-13 musim Apertura 2010 menentang Morelia, seri 1–1. Beliau kemudian menghabiskan masanya selama dua tahun di Cruz Azul, dengan 90 penampilan dan menjaringkan tujuh gol secara jumlahnya.

Villarreal

sunting

Pada 28 Januari 2013, Aquino dilaporkan telah berpindah ke kelab Villareal CF di Sepanyol. Beliau membuat penampilan pertama untuk Villareal ketika menggantikan Moi Gómez pada minit ke-67 menentang Hércules CF, seri 1-1.[2]

Rayo Vallecano (pinjaman)

sunting

Pada 25 Ogos 2014, Villarreal mengumumkan bahawa Aquino telah dipijam oleh Rayo Vallecano untuk musim 2014–15.[3] Beliau membuat debut untuk pasukannya menentang Atlético Madrid pada 25 Ogos, pasukannya seri 0–0.

Kerjaya antarabangsa

sunting

Beliau membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan Mexico pada 4 Julai 2011 menentang Chile dalam saingan Copa América 2011. Beliau kemudian bermain perlawanan peringkat kumpulan seterusnya.

Rujukan

sunting
  1. ^ name="ESPN FC">"Javier Aquino Carmona Bio, Stats, News – Football / Soccer – – ESPN FC".[pautan mati kekal]
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-13. Dicapai pada 2021-08-24.
  3. ^ "Aquino agrees loan move to Rayo Vallecano". Goal.com. Dicapai pada 5 August 2014.